Wednesday, 18 December 2013

RASUAH!!! SALAH SIAPA?


   Rasuah??? 

   Sudah lama Intan perhatikan perkara yang sinonim berlaku dalam budaya masyarakat Malaysia. Persoalanya adakah ia patut berlaku? perlu? sengaja dilakukan? dirancang? keperluan? kehendak? ketamakan? sikap? dan sebagainya... 

   Hari ini Intan nak kongsikan sikit kenapa Rasuah ini berlaku daripada pandangan yang pernah Intan perhatikan. Apakah punca dan faktornya..

  Apa itu RASUAH?? penerimaan, pemberian, duit kopi, ganjaran, suapan, diskaun, upah, jawatan, perkhidmatan, hadiah, dan lain-lain yg sepatutnya tidak dilakukan dalam satu urusan. 

  Tapi mengapa masih melakukan perkara tersebut?? Pada Intan individu tidak bertanggungjawab ini memang tamak haloba dan hanya inginkan jalan pintas untuk hidup mewah dan senang. Tiada satu pun amalan rasuah ini menunjukan nilai murni dan memberi kebaikan pada masyarakat dan negara apatah lagi agama melarang sekeras-kerasnya. 

   Kenapa nak rasuah? takut turun pangkat? takut tidak ada kuasa? Pada Intan nak takut apa?? jika rezeki itu dicari dengan ikhlas insyaallah kita tetap berkuasa dalam menjalankan tanggungjawab. Yang menjadi faktor pertama-tamanya adalah;

KELEMAHAN INDIVIDU 

   Sebenarnya pada Intan RASUAH terjadi adalah disebabkan kelemahan individu itu sendiri, ia bukanya menampakan kehebatan individu itu mengambil kesempatan atau peluang dalam sesuatu urusan. Sikap ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan rasmi yang sedia ada adalah sikap yang mengundang perbuatan rasuah.  Ramai yang tewas dengan DUIT & WANG.

   Pada Intan mudah, lihat dari sudut yang logik. Jika kita ni gaji 3k sebulan janganlah belanja 4k. Berbelanja dan gunalah untuk keperluan yang mampu dengan nilai 3k dalam sebulan itu. orang kata ukurlah baju di badan sendiri. Biarlah kita pakai baju yang fit barulah nampak macho bagi lelaki..tapi jangan boroi kikiki.. yang perempuan sedikit longgar biarlah sopan. Sebab tu perempuan nak duit belanja lebih.. 

  Haih.. bila Intan renung la individu yang mempunyai perasaan tamak dan nk kaya cepat inilah yang selalu mengamalkan rasuah. Ada sesetengah individu tu suka berjudi lepastu berhutang tapi masih boros. Inilah sikap yang kadang-kadang menyebabkan individu itu ambil jalan rasuah untuk mengatasi beban yang di ciptanya sendiri. Bila tengok orang yang amalkan rasuah mesti setiap perbuatan atau kerja yang dibuat minta upah. sedangkan gaji sudah ada, setiap bulan mesti mengeluh duit tak cukup, gaji tak cukup dan sebagainya.   

    Tapi tak berani la Intan nak tuduh individu yang rasa semua tak cukup itu mengamalkan rasuah atau tidak. Mungkin memang individu itu mempunyai tanggungan yang besar melebihi pendapatan rasmi. Yela Intan ni gaji cukup makan je.. pakai pun "Mini Cooper Malaysia" nama "Kelisa" kikiki... jadilah... boleh pergi kerja balik kampung pun dah cukup. Teluk Intan tak la jauh sangat, ikut jalan lama tak payah bayar tol, jimat cikit hihihi..

   Ini belum dari perspektif agama lagi. Dari sudut agama Intan tak naklah sentuh, biarlah individu yang pakar dan sangat berkelayakan untuk menyebut dari perspektif agama. Intan hanya sentuh mengikut logik akal yang sebenarnya kita boleh lihat, nampak dan fikir secara mudah.


 
SOSIAL & KEBUDAYAAN

   Jika diperhalusi rasuah ini berlaku daripada kemerosotan penghayatan nilai murni dan etika dalam sosial dan budaya kita. Ramai yang tidak nampak secara halus bahawa pembentukan sosial dan kebudayaan salah satu penentu kepada positifnya atau negatifnya perkembangan dan kemajuan negara.

  Amalan tradisi seperti pemberian angpau dan buah tangan yang tidak sepatutnya padahal itu memang tanggungjawab dan sudah dibayar gaji ini la yang semakin menular dalam budaya sosial pekerja terutamanya penjawat awam. Intan tak kata penjawat awam sahaja. Tapi pada Intan penjawat awam adalah antara yang boleh mengubah budaya rasuah dengan sekala besar. Walaupun tidak semua penjawat awam terlibat dengan budaya rasuah, itulah orang kata kat Intan "akibat nila setitik rosak susu setong" hikhik..


  Selain itu keperluan perkhidmatan asas dan sosial melebihi kemudahan sedia ada seperti penambahan aksesori kenderaan contohnya. Budaya masyarakat kini menjadikan aksesori ini adalah keperluan. Jika tidak ada penambahan ia tidak sempurna, walaupun tahu ia bukanlah keperluan penting dalam rutin harian. paling mudah kalau tak tukar 'sportrim' adakah kereta tidak boleh bergerak kedestinasi lain? 

Intan rasa harini 2 faktor ni jela yang Intan mampu luahkan dari pandangan Intan. Ada lagi faktor yang Intan sudah lama perhatikan. Mungkin akan datang Intan akan cerita lagi beberapa faktor RASUAH yang agak besar juga dalam terjadinya rasuah.

Salam Budak Teluk Intan dari menara condong...