Salam,
Siapakah KIKI?? tiba-tiba glamor... Bila diikuti kisahnya wah hebat.
Intan berpandangan, Polis bertindak di atas apa yang dipaparkan di You-tube berdasarkan asas
wujudnya cubaan wanita bernama kiki untuk bertindak kasar ke atas warga tua
berkenaan, uncle sim. Polis hanya bertindak kerana percaya wujudnya cubaan
jenayah kekasaran oleh wanita berkenaan. Uncle sim tidak disiasat kerana
berdasarkan paparan dalam You-tube, dia adalah 'mangsa' kekasaran Kiki pada waktu itu.
Intan lihat komen dan reaksi masyarakat yang sering mencemuh sewenangnya. Apabila Intan ikuti isu ini yang hangat, Intan dapati adalah tidak benar dakwaan dan tuduhan media sosial bahawa polis hanya
bertindak kerana Kiki adalah orang melayu. Tidak adil mereka
menuduh polis dan kerajaan hanya berani bertindak ke atas orang Melayu dan
takut pada orang bukan Melayu. Ini tuduhan tidak berasas kerana dalam banyak
kes jenayah, polis tidak pernah berat sebelah menjalankan siasatan dan mendakwa
mereka yang terbabit.
Walaupun uncle sim tidak membuat laporan polis dan mereka sudah pun
bermaaf-maafan dan menyelesaikannya secara baik dari apa yang Intan baca, siasatan masih dijalankan ke
atas kiki kerana dia adalah subjek 'kekasaran' dalam video berkenaan dan uncle
sim adalah 'mangsa'. Polis tidak dapat laporan mengenai uncle sim turut
bertindak kasar ke atas kiki dan tidak mendengar ungkapan kasarnya yang
menyebabkan kini bertindak sedemikian.
Intan rasa tidak ada unsur perkauman dalam siasatan polis. PDRM sentiasa menyiasat
segala aduan dan bertindak mengikut bukti yang ada. Dalam kes ini, percakapan
uncle sim yang 'menghina melayu' tidak dapat didengar. jika kiki pula membuat
aduan mengenainya, maka polis bolehlah menyiasat.
Ada juga Intan baca tuduhan bahawa kerajaan, khususnya KDN, makin lemah di bawah
kepemimpinan yang ada sekarang, sama sekali tidak dapat diterima kerana sejak
PRU-13 yang lalu, menterinya dan agensi di bawahnya berusaha membendung
pelbagai bentuk jenayah, terutamanya jenayah berat, kongsi gelap, dadah dan
penyeludupan manusia.
Pada hati nurani Intan, kerajaan sebenarnya boleh bertindak lebih agresif tetapi dalam mentadbir
sebuah masyarakat berbilang kaum, agama dan kepercayaan, banyak perkara
sensitif perlu diambil kira agar tidak wujud tuduhan bahawa kerajaan berat sebelah dan tidak peka dengan sesuatu isu.
Media sosial banyak melemparkan tohmahan kononnya KDN berlembut dengan
bangsa bukan Melayu dalam menangani gejala hasutan kaum dan agama di laman web.
ini tidak benar kerana banyak langkah yang diambil tidak digembar-gemburkan
kepada media. PDRM memang sentiasa bertindak ke atas pemilik media
sosial yang sengaja ingin mencetuskan keresahan dan mengapi-apikan sentimen
agama dan perkauman.
Intan amat berharap Dalam menggubal Akta Keharmonian, beberapa perkara yang terkandung dalam
Akta Hasutan akan dikekalkan dan elemen baru yang lebih tegas akan dimasukkan
bagi membendung budaya tidak sihat seperti ini. Persoalannya, adakah rakyat
khasnya pembangkang dan pertubuhan hak asasi manusia akan menyokongnya? Adakah
rakyat secara majoritinya akan selesa dengan akta baru ini nanti?
Masalah masyarakat kita apabila akta baru yang lebih baik digubal ada je yang membantah dan tidak menyokong penuh.
Intan lihat Kerajaan tidak lemah dalam hal ini, malah sentiasa memantau keadaan,
mengambil tidak wajar dan mencari jalan terbaik menyelesaikannya.
Intan cadang KDN boleh menimbang mewujudkan kerjasama dengan SKMM (MCMC) di bawah
Kementerian Komunikasi untuk menutup mana-mana laman blog, portal berita, FB,
twitter dan sebagainya yang didapati sengaja ingin mencetuskan keresahan kaum
dan agama. Jika cara ini digemari rakyat, maka ia akan difikirkan
pelaksanaannya.
masyarakat sepatutnya memikirkan penambahbaikan bukan hanya mencemuh dan meningalkan tahi sahaja.
Sekian,
Intan
Menara Condong


