Wednesday 29 April 2015

Kerajaan Harus Mengadaptasikan Masyarakat Orang Asli #JKOA



Salam

   Intan melihat masyarakat orang asli tadak boleh di pinggirkan atau dibiarkan tanpa pendedahan oleh kerajaan. Seperti kempen bersama masyarakat orang asli di rompin yang diketuai DS Hishammuddin Tun Hussien dalam tempoh berkempen PRK Rompin menyentuh hati Intan. 

  Tuntasnya proses adaptasi bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat malah dirancang tetapi faktor untuk beradaptasi boleh diamal. Apa yang Intan lihat, isu keciciran pelajar Orang Asli perlu diselesaikan dengan kadar segera dan diatasi secepat mungkin oleh kerajaan persekutuan ataupun negeri. Bukan hanya menyalurkan dana atau turun padang mengikut musim, lebih lagi musim mengundi. 

   Mereka cetek dalam ilmu pengetahuan dan pendidikan kecuali ilmu hutan. Jadi di sini Kerajaan janganlah hanya mengula-gulakan masyarakat minoriti orang asli. Walaupun pelbagai usaha dipergiat dan di usahakan ia masih lagi tidak cukup dan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. 

    Hanya mengeluarkan dana, hantar pegawai kebajikan masyarakat atau Jabatan Kemajuan Orang Asli kemudian tinggal mereka semula terkontang kanting. Intan lihat hanya orang asli yang berhampiran kawasan bandar dan mudah dimasuki sahaja mendapan perhatian. 

   Memandangkan tempoh perjalanan Malaysia untuk mencapai taraf negara maju adalah kurang dari lima tahun. Usaha Kerajaan patut digembeleng dengan kadar kemuncak 300% agar isu keciciran pelajar Orang Asli tidak dipandang remeh mahupun diremeh-remeh oleh mana-mana pihak.

   Intan renung kedalam masyarakat orang asli, tidak ada nilainya sebuah negara maju berjaya kita lahirkan tetapi masih wujud golongan minoriti yang jauh ketinggalan dari segi pendidikan terutamanya.

   Disini, Intan harap semua agensi kerajaan persekutuan mahupun negeri perlu lebihkan tumpuan terhadap masyarakat minoriti ini. Ini kerana mereka juga adalah masyarakat Malaysia.

Rujuk Kajian Awan Masih Biru                                                                                         http://suhaila-kamal.blogspot.com/2015/04/adaptasi-pelajar-pribumi-kajian-kes-di.html

Sekian,

Intan
Menara Condong

Agenda Keperluan Sesebuah Kerajaan Masa Kini #AgendaSetting

Salam,

Intan lihat secara amnya agenda setting dapat diterjemahkan sebagai  andaian bahawa media massa boleh mempengaruhi pendapat awam sekiranya ia memberikan lebih perhatian kepada beberapa isu dan mengurangkan perhatian kepada isu yang lain. Khalayak akan lebih tahu tentang perkara-perkara yang lebih penting yang disampaikan oleh media dan akan menentukan kepentingan sesuatu perkara itu mengikut susunan kepentingannya. Contohnya, akhbar akan menyiarkan berita mengikut kepentingan ataupun apa yang dirasakan amat diingini oleh pembaca. Lazimnya, kita sebagai khalayak yang menggunakan media akan berbincang tentang perkara-perkara yang menjadi tajuk berita pada suatu hari tersebut.

Berdasarkan andaian ini, media dianggap mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pemikiran khalayak dengan menetapkan agenda tehadap perkara yang dibincangkan dan difikirkan. wujudnya pertalian yang rapat di antara liputan media massa dengan apa yang menjadi buah perbincangan orang ramai. Teori ini juga mengandaikan bahawa media boleh mempengaruhi masyarakat sekiranya ia memberikan lebih perhatian kepada beberapa isu dan mengurangkan perhatian kepada isu yang lain. Miller (2004) takrifan mendalam dan meluas terhadap penentuan agenda perlulah mendasari kepada tiga aspek iaitu agenda media, agenda publik dan agenda polisi. Agenda media merujuk kepada isu yang diketengahkan oleh media. Agenda publik pula merupakan isu yang dianggap penting oleh khlayak. Manakala agenda polisi pula merupakan isu yang mewakili pembuat dasar sesebuah negara.

Menurut Little john (2002) penetapan agenda dapat dilihat dalam tiga bahagian iaitu dari konteks prioriti isu yang dibincangkan oleh pihak media atau penentuan agenda media, agenda media mempengaruhi pemikiran masyarakat atau agenda umum dan agenda umum mempengaruhi pemikiran pembuat dasar atau agenda polisi. Manakala menurut  Saodah, el at. (2005) terdapat empat jenis hubugan kuasa di antara media dan pihak luat yang dapat menentukan setakat mana agenda media menentukan atau ditentukan oleh agenda pihak yang berkaitan.  Berikut merupakan empat jenis kuas tersebut.

Kajian penuh boleh kita sama-sama rujuk Awan Masih Biru.

 Rujukan : Awan Masih Biru http://suhaila-kamal.blogspot.com/2015/04/penentuan-agenda-1.html

Sekian


Intan Menara Condong

Kak Jijah tak mampu jaga #Kajang tamak mahu #PermatangPauh #P044



Salam.

Apa Cerita Permatang Pauh ini? Kak Jijah hanya nampak muka waktu Kempen sahaja.
 
1. Ketika (PRU 2004) itu Pirdaus Ismail berusia 39 tahun berbanding Wan Azizah 52 tahun. Kali ini (PRK 2015), calon BN berusia 43 tahun manakala Wan Azizah berusia 63 tahun. Bermakna pengundi Permatang Pauh mahukan calon muda yang bertenaga dan bermotivasi tinggi.

2. Di pihak Wan Azizah, percubaan kedua di Permatang Pauh kali ini diketahui ramai hanyalah untuk menyambung legasi suaminya DS Anwar Ibrahim. Mahu tidak mahu, kerusi Permatang Pauh sudah menjadi seolah-olah milik kekal keluarga Anwar walaupun sebelum tahun 1982, kerusi tersebut ditandingi oleh PAS sejak tahun 1955.

Pengundi-pengundi di Permatang Pauh juga perlu sedar, apabila Anwar dibebaskan daripada penjara kelak, Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pasti diadakan semula untuk memberi laluan kepada Anwar pula menduduki kerusi tersebut.

3. Tiada siapa boleh lupa bahawa, Wan Azizah memberikan alasan beliau sudah tua, mahu bersara dan mahu menjaga cucu menjadi alasan mengapa beliau meletakkan jawatan dahulu (2008) untuk memberi laluan kepada PRK Permatang Pauh supaya suaminya Anwar boleh bertanding semula. Baca semula alasan Wan Azizah ini


4. Hari ini,  Wan Azizah muncul semula sebagai calon PKR di Permatang Pauh pada ketika yang sama beliau juga adalah wakil rakyat negeri Selangor di DUN Kajang. Ironinya, satu di Kajang dan kini satu lagi sedang mencuba di Permatang Pauh. Mampukah Wan Azizah memikul amanah yang maha berat di kedua-dua tempat yang berjauhan itu?
Kepada pengundi di Permatang Pauh, kasihanilah Wan Azizah, berikanlah dia masa rehat yang cukup, janganlah menghukum Wan Azizah sekejap berlari ke Kajang sekejap berlari ke Permatang Pauh. Biarlah dia mempunyai masa yang cukup untuk bermesra dengan cucu dan melawat Anwar di penjara. Memenangkan Wan Azizah bermakna anda menyiksa dirinya, memberi kemenangan kepada calon BN bermakna anda memberi kasih sayang kepada Wan Azizah!

5. Lim Guan Eng memberi amaran kekalahan PKR di Permatang Pauh akan menjadi penamat kepada Pakatan Rakyat. Maka, pengundi PAS di Permatang Pauh gunakanlah peluang ini untuk menegakkan Hukum Hudud. Tanpa PAS pun, PR sudah mempunyai pelan kecemasan (emergency plan) dengan mendaftarkan PASMA sebagai parti politik yang akan bergabung semula dengan PR. 

6. Walaupun golongan Ulama di dalam PAS tawar hati untuk membantu PKR di Permatang Pauh, tetapi golongan lain yang dipengaruhi oleh elemen DAP dan elemen Anwarisma di dalam PAS memberi sokongan kepada Wan Azizah. Sekali lagi, mereka sebenarnya mahu menyiksa Wan Azizah !
Saya meramalkan 70% pengundi PAS yang memberi sokongan kepada Hj Hadi Awang akan memboikot kerana pendirian PKR menolak Hukum Hudud adalah mandotori. Hanya 30% ini sahaja pengundi PAS yang berpihak kepada PASMA akan mengundi Wan Azizah.

7. Akhbar-akhbar Cina pun meramalkan Wan Azizah akan mengalami kemerosotan undi yang besar di Permatang Pauh.




Intan nak mengingatkan masyarakat Permatang Pauh

1. Sekiranya pengundi di Permatang Pauh memilih Wan Azizah lagi, maka mereka harus bersedia untuk pembaziran PRK kecil semula apabila Anwar dibebaskan daripada penjara.
Perbandingannya, sekiranya mereka memilih calon muda daripada BN, mereka mempunyai peluang besar untuk menikmati bantuan seorang wakil rakyat yang betul-betul wakil rakyat di kawasan Permatang Pauh.

2. Pengundi-pengundi Permatang Pauh hendaklah beringat bahawa Wan Azizah adalah Wakil Rakyat Kajang sedia ada. Kawasan Kajang adalah kawasan yang setiap tahun dilanda banjir besar yang maha dashyat menenggelamkan sekolah, jalanraya, kedai-kedai dan pejabat-pejabat kerajaan. Setiap kali banjir besar di Kajang, Wan Azizah hanya mampu menonton sahaja seperti di sini. Intan lihat Kak Jijah bukan buat apa pun kat kajang. Kak Jijah hanya nampak muka waktu kempen sahaja.



3. Kepada pengundi di Permatang Pauh mengapa memperjudikan masa hadapan anda?
Pesan Intan dari jauh, berubahlah, Cukuplah.. bagi BN pulak.!




Sekian

Intan
Menara Condong

12 PENGEBOM DITANGKAP @PDRMsia #bimbang



Salam.

  Intan terbaca komen pengguna media sosial terhadap kejayaan PDRM menangkap 12 lelaki yang disyaki sedang merancang meletupkan beberapa kawasan strategik termasuk Putrajaya dalam siri serbuan di kaki Gunung Nuang.




Ramai yang menyindir, memperlekeh, malah tak kurang juga yang menuduh pihak Special Branch (SB) melalui unit elit mereka di Bahagian Counter Terrorism hanya mengada-adakan cerita untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu semasa ketika ini.

Intan lihat isu semasa GST, KWSP contohnya tidak teralih langsung dari perhatian rakyat.  Apa punya pemikiran lah pengkritik2 ini.

Intan hanya mampu bersimpati terhadap mereka yang berfikiran demikian. Dalam Pengetahuan Intan perkara sebegini membuatkan Intan 'risau'  'gerun' dan 'takut' dengan mereka yang berfikiran sempit sebegini. Ini kerana mereka tidak sedar akan bahaya yang boleh berlaku jika pihak berwajib seperti SB/ MIO gagal bertindak awal seperti mana operasi tersebut.

Kalaulah anda lupa, Intan nak imbas satu peristiwa pada 18 Mei 2001 di Southern Bank Petaling Jaya. Ada pengawal keselamatan bank, Abdullah Mahmood berjaya menggagalkan cubaan rompakan di bank itu dengan menembak mati salah seorang daripada empat perompak. Dua parah dan salah seorang yang parah mati seminggu kemudian.

Al kisahnya Anda nak tahu siapa antara perompak yang ditembak itu. Dia adalah Adnan Mohd Daud, seorang graduan kejuruteraan dari University Texas, USA. Rakan keempat yang menunggu di luar bank tersebut berjaya melarikan diri tetapi dapat ditangkap di rumah keluarganya di Temerloh beberapa hari kemudian. Rupanya mereka menganggap rompakan itu 'halal' kerana tujuan mereka semata-mata untuk mengumpul dana bagi tujuan 'jihad'

Dalam sebuah rencana tulisan Baharom Mahussin, maklumat Bukit Aman menunjukkan Adnan sendiri merupakan orang yang disyaki turut terlibat dalam pembunuhan ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas, Joe Fernandez pada 4 November 2000. 

" Ahli politik beragama Kristian itu dibunuh di dalam keretanya di satu simpang oleh lelaki bermotosikal yang bersenjatakan pistol. Lelaki itu melepaskan tiga das tembakan di kepala dan badan Joe Fernandez. Kematian Adnan dan penangkapan rakan-rakannya telah membongkar kewujudan sebuah pertubuhan pengganas Islam yang dipanggil Kumpulan Militan Mujahidin Malaysia (KMM). 

" Dua minggu selepas kes di Southern Bank itu, polis mengumumkan kumpulan itu mempunyai kaitan dengan sebuah pertubuhan pengganas antarabangsa. Ahli-ahli kumpulan itu yang aktif menjual minyak wangi dari Timur Tengah mengambil kesempatan daripada urusan mengimport haruman tersebut untuk berhubung dengan pertubuhan pengganas antarabangsa secara tidak langsung.
 
" Siasatan polis menjumpai selaras raifal automatik M16, sejumlah besar bahan letupan, peluru dan pelbagai peralatan tentera serta bahan kimia di sebuah rumah di kawasan Puchong, Selangor. "

Adakah perkara ini boleh di ambil remeh di dalam negara ini?

Tolonglah, Intan berpandangan kita boleh bergaduh pasal GST, boleh berbeza pendapat mengenai KWSP atau apa saja isu yang membelenggu kehidupan kita tetap tolong jangan sama-sekali bertolak ansur dengan KESELAMATAN NEGARA. Jangan dah terhantuk baru nak tergadah, andai itu dah terjadi, semuanya tidak lagi membawa sebarang erti.

Adakah kita nak tunggu apa yang terjadi di Lahad Datu kembali berulang di Kuala Lumpur atau Putrajaya baru kita nak bertindak? 

Terserahlah...anda boleh menafikan atau turut sama memperlekehkan pandangan Intan ini, tapi ingat, Allah beri kita akal untuk berfikir dan bukannya untuk mengagungkan sentimen dan persepsi.

Bom dan peluru tak bermata sahabatku!

Sekian 

Intan 
Menara Condong

Sunday 19 April 2015

FOTO Kemalangan PDRM Trafik di Pulau Pinang

Salam,.

Intan salute dengan abang Polis traffik nie. Kemalangan tidak di duga semasa menjalankan tugas. 2 anggota kemalangan semasa menjalankan tugas.

2 buah Motosikal Peronda yang rosak teruk akibat kemalangan.

Anggota 1. mengerang kesakitan..

Malang tidak berbau.. kemalangan tidak diberitahu.. itulah risiko setiap anggota PDRM yang melangkah keluar meninggalkan keluarga demi mencari rezeki. 

Lumrah kemalangan yang ditimpa, Tapi kepada yang sering komen caci maki apabila ada insan kemalangan itu memang tidak ada ihsan langsung dalam hati mereka.



Banyak jugak Intan baca komen negatif semenjak gambar Polis ini kemalangan tersebar. Fikirlah.. jika terjadi kepada keluarga anda sendiri.



Mereka juga insan biasa yang keluar rumah mencari rezeki, Dan mereka juga insan yang harus di hargai bukan di caci maki. mungkin mereka telah membantu masyarakat dengan ikhlas. dan kali ini Menteri sendiri yang bantu mereka apabila terlibat dalam kemalangan.



Tuhan Maha Besar.. menunjukan kebaikan atau keburukan terus kepada hambanya.

Apa pun doakanlah supaya mereka kembali sihat supaya dapat menjalankan tugas demi agama dan negara. Ini yang sepatutnya rakyat Malaysia lakukan..

ikuti berita kemalangan.


  Penerangan kejadian kemalangan oleh anggota Traffik 2


 Penerangan oleh doktor di Hospital Seberang Jaya.

Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa.

Sekian

Intan
Menara Condong



Aksi Panas @PDRMsia PRK 044 Permatang Pauh


 Salam,.

Silalah tonton aksi panas @PDRMsia kihkihkih 






https://www.youtube.com/watch?v=gyIHxM9QALE


Sekian,

Intan
Menara Condong

Thursday 16 April 2015

PRK Permatang Pauh sengit #kitalawan

Salam,

PRK Permatang Pauh akan terus di monopoli keluarga tertentu. ;) Apa yang sudah berlaku.? Mungkin akan terus berlaku. Atok, Bini, Anak, Menantu, Cucu, eh... semuanyelaa kot.

Terbaca komen DS Dr Ahmad Zahid yang dikatakan terpaksa menggalas tanggungjawab menerajui Permatang Pauh kerana beliau tidak akan berjaya merampas kembali Permatang Pauh. Tapi Intan Optimis.. BN perlu kemenangan itu.. baru ada anjakan paradigma dalam Barisan Nasional.


 

Barisan nasional BN melihat parlimen permatang pauh memerlukan penyandang muka baru bagi membawa perubahan di kawasan itu. Ini kerana pada Intan calon keluarga sudah tidak relevan zaman kini. 


Naib presiden umno nombor 1, ahmad zahid berkata, pembangunan infrasturktur akan dilakukan sekiranya calon BN memenangi pilihan raya kecil PRK parlimen Permatang PAuh. PAda Intan menang atau kalah adalah lumrah yang penting #kitalawan. Boleh jadi Undi kepada BN meningkat dan Undi kepada Pembangkang menurun. Kita kena Optimis. Baru cakap Optimis Guan Eng buat gempak pulak konon sengit. Nak kene sengat la tue. kikiki....  


 

Zahid berkata di sidang media 17 Apr 2015, “kita lihat permasahan dalaman di sana telah sebahagian besar dapat diatasi dan kesedaran pengundi sana terbuka kerana banyak pertukaran calon dan MP, tapi tak banyak perubahan yang berlaku di sana. Sebagai kawasan parlimen yang dibawah pembangkang asasnya mereka perlukan pembangunan infrastruktur jika MP yang dipilih dari umno dan bn tentu saluran akan dpat diguna bagi bawa pembangunan sana pada hemat saya yang tertinggal begitu lama.” Ada Pembangkang kesah dgn pembangunan infrastruktur? hihihihi...


Beliau juga menegaskan, BN tidak mengambil kesempatan terhadap permasalahan yang wujud dalam parti pembangkang, malah BN perlu, dan akan mengatur langkah proaktif dalam menghadapi PRK permatang pauh.

 

“kesiapsiagaan UMNO dan BN serta kesatuan dan perpaduan antara ahli akar umbi di sana dengan jumlah pengundi yang ramai harus didekati dan dijelaskan, dilayani bukan hanya sentimen mereka tapi dijelaskan melalui realiti yang  harus kita hadapi.”

 

“kita sedia hadapi siapa saja calon pembangkang, bagi kita soal berpindah patern kami tak ambil perkiraan masalah besar UMNO dan BN harus dihadapi dengan penuh kesiapsiagaan.

 

PRK permatang pauh diadakan berikutan penyandangnya, anwar ibrahim telah hilang kelayakan sebagai anggota parlimen setelah lembaga pengampunan menolak petisyen beliau pada 16 MAc 2015 bersabit hukuman penjara yang dikekalkan mahkamah persekutuan. 

 

Apa pun kita perlu berusaha kearah kebaikan di Permatang Pauh. HArapan Intan penduduk Permatang Pauh lebih Matang dalam PRK kali ini untuk mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan dalam Parlimen.

Seperti Teluk Intan.. Intan rasa lega apabila diperintah oleh Barisan Nasional. Permatang Pauh Ikutilah Jejak Teluk Intan.

Sekian 

 

Intan 

Menara Condong