Thursday, 29 May 2014

Jangan Percaya Jika Maklumat Yang Tidak Tahu Sumbernya. Tetapi Boleh Berhati-hati

 Inilah jawapan Daripada PDRM bila kecoh maklumat penculikan kanak-kanak yang akan di ambil organya untuk dijual.

Intan rasa kita semua perlu berhati-hati. Ye walaupun kes ini dinafikan sendiri oleh PDRM mungkin akan datang boleh berlaku.

Intan tak gemar la untuk mendengar berita palsu. tapi kenapa ada individu yang sanggup melakukan. Apa pun niatnya memang berdosa besar jika menipu atau sengaja mengwujudkan presangka tidak selamat di Malaysia. 

Apa tujuan mereka untuk mngwujudkan prasangka begitu? Untuk memperlihatkan  negara kita tidak aman?

 Menjelang PRK Teluk Intan ini dan Bukit Gelugor Intan ada dengar juga puak-puak pembangang ini mengwar-warkan Polis yang menjaga keselamatan tidak cukup, tidak mencegah jenayah dan negara kita mempunyai jenayah yang tinggi.

Mereka ini adalah individu tidak sedar dek untung. bila timpa musibah baru la nak merayu pada Polis. Mintak bantuan dan sebagainya. bila disuruh bekerjasama sombong dan angkuh.  

Intan selalu dapat SMS berkenaan minta derma kematian, anak yatim, dan lain-lain. Hanya bagi kesimpulan kisah sedih pilu,  minta wang derma dan berri no akaun untuk masukan wang.

Mana sumber dan kesahihan berita itu, Intan tidak nampak. hanya konon maklumat bukit aman, takpun dirahsiakan sebab tidak mahu rakyat panik.

 Harap janganlah percaya SMS seperti itu. 

Akaun palsu dan Maklumat palsu semakin hari semakin bertambah. PDRM perlu atasi masalh ini dengan segera dengan tegas. 

PDRM perlu mengkaji dan lakukan sesuatu untuk mencegah jenayah cyber ini supaya tidak ramai yang menjadi mangsa.

Intan rasa pihak yang mereka cipta kisah untuk menakutkan masyarakat Malaysia boleh sedar dan berfikir sebaiknya apa yang mereka lakukan itu tidak menyumbang apa-apa kepada negara. Malah menyusahkan orang ramai dengan berita yang tidak benar. 

Tujuan mereka lain tidak bukan adalah mempengaruhi mida dan persepsi masyarakat bahawa negara kita tidak aman. sejerus itu menyeru untuk mengulingkan kerajaan. Malang betul Malaysia mempunyai rakyat yang merosakkan negaranya sendiri.



Kepada RBA+BI atau Jingga ke Unggu ka Kelabu ka Berhentilah mencipta cerita atau berita palsu yang boleh mengugat keamanan negara. 

Berpijaklah dibumi yang nyata. Allah maha Besar. Jangan ikutkan nafsu kuasa yang anda tamakan tahi anda lemparkan pada negara. 

Biarlah kita menjadi seorang yang menyumbang bakti bukan tahi.



Sekian,


Intan
Menara Condong


Mana Pembelan kepada @PDRMsia - @Zahid_Hamidi ???

Salam,

Baru-baru ini masa Intan di Kampung, terdengar kisah yang menyedihkan Intan. Polis dilanggar secara terancang oleh pnjenayah maut semasa mengejar suspek. Oh sadisnya mereka sekarang ini. Tanpa belas kasihan mereka langgar. 

Begini lah nasib seorang anggota Polis yang bertugas demi keamanan negara. Intan bertambah sedih apabila mendengar berita bahawa L/Kpl Azuan ini mahu melangsungkan perkahwinan dalam beberapa hari lagi. 

Majlis ijab kabul bertukar majlis arwah... ohh Tidak... bagaimana la kalau Intan menjadi tunangnya. benar-benar terhiris hati. Ini pun Intan tulis sambil mengalir air mata. Entalah kali ini tulis dengan penuh emosi. Tidak boleh lagi hendak sorok. Sadis!!
 

Mana hak asasi Polis yang di ketengahkan?? Intan terus mencari program PDRM kot2 lah ada haritu di Teluk Intan. Alhamdulillah Intan dengar ada Menteri Kementerian Dalam Negeri Zahid Hamidi datang. Intan ingat nk tanya terus dia. Alhamdulillah dia seorang yang bertanggungjawab dan perihatin keatas anak buahnya. 




Sila Tonton,. Tiada maaf buat penjenayah.. siap koo lepas nih.. rupanya abang-abang polis pon tengah geram dan marah berkenaan kes yang berlaku oleh rakan sekerjanya. 

Sekian 

Intan 
Menara Condong

Wednesday, 28 May 2014

SULTAN PERAK DI HINA - #SEDIH

Salam, 

Intan sedih dengan sikap setengah pihak yang menghina institusi beraja. Bukan saja itu, malah kemangkatan Raja Perak juga di jadikan isu dan segelintir pihak membuat propaganda politik atas kemangkatan Raja Perak.  

Apakah provokasi menghina institusi beraja ini perlu di ambil tindakan tegas? pada Intan sangat menyokong. Intan harap @PDRMsia akan mengambil tindakan setegasnya. 

Perkara ini telah mencabar kewibawaan orang melayu. Intan sendiri sayangkan Perak. Tingal di Perak. Menetap di Perak. Membesar di Perak. 

Keluarga Intan di Perak memang sangat menykong kepimpinan berwibawa Sultan Perak. Intan sebagai anak jati Perak sedih dengan tindakan pihak yang menjadikan kemangkatan Sultan Perak sebagai provokasi politik. 


Harapnya orang yang berkenaan sedar atas apa yang dilakukan. 






Lihat Kiri, Dyana Sofya telah menafikan bahawa akaun itu miliknya. habis siapa? pada bacaan Intan ni mesti kerja puak RBA + Bi tak pun Jingga PKR.  Opsss...

Sebab apa Intan cakap mereka sendiri yang melakukan "fake Acc" itu? bagi mempromosikan calon secara langsung atau tidak langsung. 

Padahal si Dyana ni takde pon orang kenal. tp dengan tindakan "Fake Acc" ini ramai yang akan mengutuk secara keras dan taidak langsung menyebarkanya. 

Itulah taktik Pembangang. Sebab apa mereka ckp, kata, lakukan semuanya nampak boleh.

 Inilah caranya untuk mempromosikan Dyana Sofya. Walaupun secara negative ia akan tersebar ia akan menjadi semakin famous daripada kesan nagative yang disebarkan.  

Mereka bukan kesah. janji menang dan ada kuasa untuk melawan pemerintah. itu pendapat Intan. 


Jika kita seorang yang rasional atau waras berfikir dengan akal budi bicara wajarkah kita lakukan perkara sebegini?

Hanya nafsu ingin mendapat kuasa politik semata sangup melakukan perkara ini.

kepada Dyana mmg la bkn akaun itu bukan milik kamu. tp kamu tahu kan siapa yang membuatnya. Kemudian kamu akan menunding jari menuduh pihak lain yang melakukanya.

seperti menunding jari kenapa tak pakai tudung? cakap pemimpn itulah, orang itu pun tak pakai,  Jika jawapan menyalahkan orang lain baik tak payah la menjadi pemimpin.

Amanah rakyat, perlu dibela bukan disalahkan pihak lain.


Sekian

Intan
Menara Condong

Monday, 5 May 2014

TERBUKTI PESERTA Perhimpunan GST Tidak Tahu apa-apa

Salam, 

Kesian peserta Perhimpunan GST baru-baru ini yang tidak tahu apa-apa. hanya maki hamun kerajaan berkenaan GST.  lain kali nak berdemo cari la maklumat dan info yang saih dulu. men ikut je puak-puak membohong tu buat apa. Mereka hanya tahu jerit Tolak2 Hidup2 Reformasi. Kita lakukanlah Transformasi lebih kehadapan.

Baju dipakai oleh peserta yang berdemo depan Dataran Merdeka. 



Jawapan:

1. Gaji minima sudah dilaksana mulai 1/1/14. Mereka baru minta gubal? Ketinggalan maklumat.

2. ISA sudah dimansuhkan. Kita niat baik tapi mereka salah guna untuk ganggu keamanan di Kuala Lumpur hari ini. Ada yang bercadang untuk kembalikan akta itu.

3. BN dalam Akujanji PRU13 janji akan bina 1 juta rumah mampu milik dalam 5 tahun. Buku Jingga hanya 150 ribu 5 tahun. Jauh benar beza angka itu.

4. Harga barang naik antara sebabnya peniaga2 tertentu secara senyap adakan sabotaj ekonomi. Namun kadar inflasi 3.4% masih terkawal sabab BN terus jaga ekonomi dengan baik.

5. Pilihanraya Majlis Tempatan strategi pihak tertentu sbb penyokong mereka yg sudah senang & jadi rakyat kelas pertama di negara ini kuasai bandar2.

6. Mana ada lagi penswastaan khidmat asas? TNB, Prasarana, KTMB, MAS semuanya GLC, milik Kerajaan.
 
Inilah kebenaran fakta yang Intan nampak. 

Kenapa mereka suka menyebar fitnah?? 

Sekian,
 
Intan 
Menara Condong 

Sunday, 4 May 2014

Perhimpunan Bantah GST DiTerajang

Salam,

Kesian Intan lihat rakyat di pergunankan untuk kejalan raya. Pengisian yang hanya mencaci maki dalam perhimpunan Bantah GST yang lepas. Tidak ada makna langsung perhimpunan di buat.

akhirnya para wartawan dan jurugambar yang menjadi mangsa. Intan paling kesian kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa lagi didunia, turut diusung. Mana perikemanusiaan ibu bapa mereka???  Bayi pun diusung? dahla panas terik.

 
Apa yang ibu bapa mereka fikirkan sebenarnya?? perlukah bawa anak-anak yang tidak mengerti apa yang sedang berlaku?? Sedih Intan lihat akan perkara ini. 

 
 
apa tujuan mereka? 

Sekian, 

Intan 
Menara Condong