Thursday, 29 May 2014

Jangan Percaya Jika Maklumat Yang Tidak Tahu Sumbernya. Tetapi Boleh Berhati-hati

 Inilah jawapan Daripada PDRM bila kecoh maklumat penculikan kanak-kanak yang akan di ambil organya untuk dijual.

Intan rasa kita semua perlu berhati-hati. Ye walaupun kes ini dinafikan sendiri oleh PDRM mungkin akan datang boleh berlaku.

Intan tak gemar la untuk mendengar berita palsu. tapi kenapa ada individu yang sanggup melakukan. Apa pun niatnya memang berdosa besar jika menipu atau sengaja mengwujudkan presangka tidak selamat di Malaysia. 

Apa tujuan mereka untuk mngwujudkan prasangka begitu? Untuk memperlihatkan  negara kita tidak aman?

 Menjelang PRK Teluk Intan ini dan Bukit Gelugor Intan ada dengar juga puak-puak pembangang ini mengwar-warkan Polis yang menjaga keselamatan tidak cukup, tidak mencegah jenayah dan negara kita mempunyai jenayah yang tinggi.

Mereka ini adalah individu tidak sedar dek untung. bila timpa musibah baru la nak merayu pada Polis. Mintak bantuan dan sebagainya. bila disuruh bekerjasama sombong dan angkuh.  

Intan selalu dapat SMS berkenaan minta derma kematian, anak yatim, dan lain-lain. Hanya bagi kesimpulan kisah sedih pilu,  minta wang derma dan berri no akaun untuk masukan wang.

Mana sumber dan kesahihan berita itu, Intan tidak nampak. hanya konon maklumat bukit aman, takpun dirahsiakan sebab tidak mahu rakyat panik.

 Harap janganlah percaya SMS seperti itu. 

Akaun palsu dan Maklumat palsu semakin hari semakin bertambah. PDRM perlu atasi masalh ini dengan segera dengan tegas. 

PDRM perlu mengkaji dan lakukan sesuatu untuk mencegah jenayah cyber ini supaya tidak ramai yang menjadi mangsa.

Intan rasa pihak yang mereka cipta kisah untuk menakutkan masyarakat Malaysia boleh sedar dan berfikir sebaiknya apa yang mereka lakukan itu tidak menyumbang apa-apa kepada negara. Malah menyusahkan orang ramai dengan berita yang tidak benar. 

Tujuan mereka lain tidak bukan adalah mempengaruhi mida dan persepsi masyarakat bahawa negara kita tidak aman. sejerus itu menyeru untuk mengulingkan kerajaan. Malang betul Malaysia mempunyai rakyat yang merosakkan negaranya sendiri.



Kepada RBA+BI atau Jingga ke Unggu ka Kelabu ka Berhentilah mencipta cerita atau berita palsu yang boleh mengugat keamanan negara. 

Berpijaklah dibumi yang nyata. Allah maha Besar. Jangan ikutkan nafsu kuasa yang anda tamakan tahi anda lemparkan pada negara. 

Biarlah kita menjadi seorang yang menyumbang bakti bukan tahi.



Sekian,


Intan
Menara Condong


No comments:

Post a Comment