Wednesday, 27 August 2014

KATA USTAZ

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar.


Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana?
Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan.
Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.
Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.
Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2.

Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita?
Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.
Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.

Rujuk surah yassin ayat 52-54.
ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.
Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.
Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.
Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).
Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.
Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama.
Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab.

Jawab nabi adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh a.s, musa a.s, isa a.s, dan ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2.
Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.
Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pd Allah swt awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.
Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je krn padatnya manusia pada hari tu.
         
Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash.
Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga.
Kemudian Allah swt panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.
Tiada satu pun yg tertinggal.
Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan.
1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2) tak ingat
3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.
         
Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita.
Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan.
Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.
Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2 dll.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pd mereka.
Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).
     
Kita yang perempuan, jagalah diri  kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang.
Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita.
Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.  

Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.
Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.
       
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang..
Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Aamiin..

Pemimpin Kerajaan Pusat Perlu Akur Dengan Kerajaan Negeri


Pemimpin BN Diminta Rujuk Kerajaan Negeri
 
KOTA KINABALU, 26 Ogos (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said meminta mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) persekutuan supaya merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan yang menyentuh isu di bawah bidang kuasa negeri.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata ia penting untuk mendapatkan gambaran jelas terlebih dahulu mengenai sesuatu perkara bagi mengelak kekeliruan dan salah faham.

"Kita dalam keluarga besar BN ada saluran yang boleh digunakan. Pandangan semua pihak harus didengar terlebih dahulu.

"Isu tanah adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan ia perkara sensitif bagi rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Aidifitri bersama kakitangan Dewan Undangan Negeri di sini pada Selasa.

Beliau merujuk kepada kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Tenom baru-baru ini berkaitan isu tanah.

"Rujuk dan dapatkan gambaran sebenar daripada kerajaan negeri untuk elak kekeliruan, jangan sampai kenyataan itu melukakan hati orang Sabah," Salleh.

Dalam isu tanah, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sememangnya mengambil pelbagai langkah dan usaha untuk menanganinya, malahan tindakan proaktif sudah diambil," katanya.

Ahmad Zahid baru-baru ini dilaporkan menyentuh isu tanah orang asal negeri dan menyebut antara lain bahawa Barisan Nasional perlu mendengar suara dan hak rakyat.

-Bernama-



Salam,

Intan lihat corak dan sikap pemimpin perlu di murnikan lagi utk masa akan datang. 

Beginilah senarionya pemimpin-pemimpin yang memerintah. ada yang menjaga kepentingan rakyat, ada yang menjaga kepentingan periuk nasi sendiri.  Lebih nasi jika berada di negeri sendiri. Berbincanglah kamu demi kebaikan kami rakyat jelata.

Apa pun Intan harap antaranya boleh melontarkan sesuatu yang positif daripada melontarkan "akulah yang berkuasa di sini" jgn cuba jadi hero dan jangan pula menidakan hero.
 

Sekian

Intan 
Menara Condong

Tuesday, 19 August 2014

Kesulitan #MH370 menjadi kesempatan Tikus

Salam,

Intan sebak bila memikirkan banyak perkara dan kisah menghayat hati yang negara kita telah lalui. Tapi Intan berharap apa yang kita lalui janganlah ada pihak mengambil kesempatan atas kesulitan. 

Kisah Lahad Datu, MH370, MH17, mh....ape nth lagi lepas nih. Intan merujuk kisah MH370 adalah antara kes yang terbesar angka korban rakyat Malaysia.

Perkara ini timbul bila Intan lihat Pencarian MH370 Negara diselubungi begitu berat dan begitu banyak berita yang menyayat hati dan meruntun jiwa manusia. Malaysia seolah-olah ditimpa pelbagai ujian dari yang Maha Esa. Ekoran itu, tindakan kerajaan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang memintingkan kebajikan rakyatnya jelas kelihatan. 

                                                                       MH#&) GONE


Daripada peristiwa MH370 dan MH17 pelbagai usaha telah dijanlankan oleh pelbagai pihak yang terlibat. Anatarnya seperi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Wanita Keluaraga dan Masyarakat dan Kementerian Dalam Negeri. Tindakan kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab kepada rakyat harus dipuji malah sememangnya sukar untuk kita nafikan. 

MH!& SHOOTING DOWN
 
Namun dalam pada kita berusaha untuk berhadapan dengan pelbagai dugaan dan ujian daripada Tuhan ini kita semua (termasuk sesiapa sahaja yang bergelar warga Malaysia) tidak perlulah terlibat dalam “perlumbaan tikus”. 

Apakah perlumbaan tikus yang Intan maksudkan disini adalah berlumba-lumba dalam melahirkan rasa perihatin, terkesan dan berperikemanusian?. Rakyat juga diingatkan oleh pihak kerajaan supaya tidak berlumba-lumba dalam menyebarkan maklumat maka ingatan supaya pihak kerajaan tidak terlibat dalam perlumbaan tikus ini semacam juga perlu diingatkan dan di ketengahkan. 

bersambung.....

Intan
Menara Condong