Pemimpin BN Diminta Rujuk Kerajaan Negeri
KOTA
KINABALU, 26 Ogos (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah
Datuk Seri Salleh Said meminta mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN)
persekutuan supaya merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum
membuat kenyataan yang menyentuh isu di bawah bidang kuasa negeri.
Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata ia penting untuk mendapatkan gambaran jelas terlebih dahulu mengenai sesuatu perkara bagi mengelak kekeliruan dan salah faham.
"Kita dalam keluarga besar BN ada saluran yang boleh digunakan. Pandangan semua pihak harus didengar terlebih dahulu.
"Isu tanah adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan ia perkara sensitif bagi rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Aidifitri bersama kakitangan Dewan Undangan Negeri di sini pada Selasa.
Beliau merujuk kepada kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Tenom baru-baru ini berkaitan isu tanah.
"Rujuk dan dapatkan gambaran sebenar daripada kerajaan negeri untuk elak kekeliruan, jangan sampai kenyataan itu melukakan hati orang Sabah," Salleh.
Dalam isu tanah, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sememangnya mengambil pelbagai langkah dan usaha untuk menanganinya, malahan tindakan proaktif sudah diambil," katanya.
Ahmad Zahid baru-baru ini dilaporkan menyentuh isu tanah orang asal negeri dan menyebut antara lain bahawa Barisan Nasional perlu mendengar suara dan hak rakyat.

-Bernama-
Salam,
Intan lihat corak dan sikap pemimpin perlu di murnikan lagi utk masa akan datang.
Beginilah senarionya pemimpin-pemimpin yang memerintah. ada yang menjaga kepentingan rakyat, ada yang menjaga kepentingan periuk nasi sendiri. Lebih nasi jika berada di negeri sendiri. Berbincanglah kamu demi kebaikan kami rakyat jelata.
Apa pun Intan harap antaranya boleh melontarkan sesuatu yang positif daripada melontarkan "akulah yang berkuasa di sini" jgn cuba jadi hero dan jangan pula menidakan hero.
Sekian
Intan
Menara Condong
No comments:
Post a Comment