Sunday, 13 October 2013

Rights for the wronged !!!! THINK!!!

When the lives of innocent people are on the line and split-second decisions have to be made, the majority of us would prefer to see strong police action. 

SOMEONE walks into our room in the dead of night and he is armed with a gun. So is his accomplice.
He makes clear the intention of his presence, shouting obscenities and threatening you and your wife wildly. It is a robbery in progress.
He asks to see the safe but after you have opened it, he is not satisfied with what he sees, thinking you have stored the expensive items elsewhere.
He punches and kicks you as your wife watches in horror. Her screams wake up the other family members, including your teenage daughter.

Suddenly, the rest of the family is in danger. The threat of rape becomes a reality.
At that point, you wish the police would come rushing through the door and put an end to your terrifying experience. Or at the least, you hope an alert neighbour would call the police.
Now, if the cops arrive just as the robbers are about to escape from your house, you may wish that the police would just shoot the scums who put your lives in danger.
Or would you be like one of those naïve parliamentarians who insist that these robbers shouldn’t be shot? And my impression of such stupidity is that these politicians hope our cops should be shot at first.

I have never heard of these criminal-
friendly politicians coming to the defence of our policemen, who are dying in the hospitals for performing their duty. Nor do I see them giving comfort to the grieving widows at funerals. Most of us would really like to know what they are thinking.

No doubt there are rogue, corrupt and lazy policemen whom we hate but we know that overall, our policemen have performed well when it comes to tackling serious crime.
Nobody walks around and draws their guns at you or the policemen unless they are hardcore criminals. The requirements for legal gun owners and bodyguards are strict too, as these weapons must be concealed at all times and every bullet used must be accounted for.
The person is also required to carry his permit at all times to indicate he has been given the authority to own a gun.

Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi was perfectly right when he made the “shoot first” remark while talking about how the custodians of the law encounter hardcore criminals.
It is easy to make politically-correct statements that do not create any controversy but in many instances, when the lives of innocent people, especially victims or policemen, are on the line and split-second decisions have to be made, I think the majority of us would prefer to see gun-toting criminals being shot dead.
It is easy to make lofty, seemingly principled statements in a safe and comfortable environment and issuing statements condemning excessive use of police force against criminals but my stand is clear too – policemen and victims have rights too.

Do we want to see Malaysia become one of those litigious societies where criminals can file charges against you because they hurt themselves while escaping from your home after a burglary, and courts actually give them awards for damages?
We seem to have short memories. Just weeks ago, many of us were complaining aloud about the horrifying increase in criminal activities and gang shoot-outs.
And now we are saying that criminals should not be shot, even in the most dangerous situations, and our law enforcement officers are expected to play diplomats when dealing with criminals.

Zahid may have found himself running into controversies with his remarks but we need a tough guy like him to deal with criminals.

You can’t have a wimp to stop crime. You need a tough guy to strike fear in the hearts and minds of our bad guys, and Zahid fits the bill.
The police force has already gone on record to say Zahid doesn’t interfere in their jobs and that he gives them the necessary back-up.
For those of us who are old enough and have seen enough movies, we want our Charles Bronson, Chuck Norris and Clint Eastwood in our police ranks, and for the present generation, we want to see a Jason Statham in real-life situations.
We need to give every support to Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar to make us feel safe again. Don’t worry about the politicians, worry about our safety.
And in the same token, Zahid shouldn’t worry about journalists who look out for his gaffes. That comes with the job.

Closing down newspapers is a thing of the past in the digital age.
And even if he still has the authority, the fact is that the Prime Minister and the Cabinet have their say. He shouldn’t even think about it.
There’s also no need for him to get carried away in the run-up to the Umno polls as he is likely to garner the most votes in the race for the vice-president post.
He should grab the comfortable lead now by making postures that would put him up as a potential for a bigger office.

Zahid will get our full support for shooting down gun-toting criminals, not for shooting pen-toting journalists.


 http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/On-The-Beat/Profile/Articles/2013/10/13/Rights-for-the-wronged.aspx

Friday, 11 October 2013

Pengaruh Makanan & Kesihatan

      Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Sumber dari berita harian

Renungan Saya, makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

 Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

 Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya saling berkait. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik. Jika amalan pemakanan yang tidak seimbang di amalkan terus di negara kita, ia akan memberikan kesan negatif. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera, fikir dulu sebelum makan”.

Obesiti Serius...

Dr. M Pertahan Kenyataan Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR 10 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan pasukan polis menembak mati penjenayah bagi menjaga keselamatan anggota tersebut.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika seorang individu atau penjenayah yang mempunyai senjata, pasukan polis lebih baik menembak mereka dahulu atas faktor keselamatan.

''Apabila berdepan dengan penjenayah yang ada senjata dan mempunyai kemungkinan untuk menembak polis, adalah lebih baik anggota keselamatan itu menembak mereka dahulu.

''Saya beranggapan lebih baik membiarkan penjenayah berdepan dengan risiko ditembak daripada meletakkan risiko bahaya itu ke atas pihak keselamatan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek kerja-kerja bawah tanah dan terowong Lembah Klang Mass Rapid Transit (MRT) di Jalan Cochrane, Cheras di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahmad Zahid dalam satu majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat yang dibuat secara tertutup Sabtu lalu.

Walaupun majlis taklimat itu dibuat secara tertutup, portal propembangkang Malaysiakini dalam laporannya Isnin lalu memetik ucapan Ahmad Zahid yang memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek tersebut ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

Mengulas tentang Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera, Dr. Mahathir percaya agenda tersebut perlu bagi memantapkan perbezaan antara kaum.

Beliau berkata, usaha kerajaan itu bukan mahu memihak kepada bumiputera, sebaliknya memberi 'bahagian mereka'.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika ditemu bual di Ibu Pejabat Utusan (M) Malaysia di sini, menyelar sikap tidak bertanggungjawab portal berkenaan dan mempersoal mengapa Malaysiakini hanya bertindak menyiarkan separuh sahaja daripada keseluruhan ucapannya jika benar mengamalkan etika kewartawanan ketika membuat liputan.

Pada masa sama, beliau menjelaskan, kenyataannya menyokong tindakan polis dalam satu operasi sehingga membunuh lima anggota kongsi gelap Geng 04 di Pulau Pinang pada 19 Ogos lalu adalah kerana bersandarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada.

Tegasnya, tidak salah untuk beliau mempertahankan tindakan polis yang dibuat mengikut SOP kerana anggota beruniform tersebut sepanjang masa mempertaruhkan nyawa mereka dalam memerangi kegiatan jenayah demi keselamatan rakyat.

"Saya sokong tindakan polis kerana maklumat risikan mengesahkan semua suspek bersenjata api di tangan mereka. Apa yang dilakukan polis berpandukan maklumat sahih dan tembakan dibuat mengikut SOP. Maksud saya, jika beri amaran dahulu, saya pasti polis akan ditembak dahulu dan mati. Setiap kali polis jadi mangsa, mana pejuang hak asasi? Salahkah saya mempertahankan polis?

"Adakah saya tidak adil melakukan perkara ini? Saya mempertahankan anak buah kerana mereka mempertaruhkan nyawa untuk tugas demi keamanan dan keselamatan rakyat," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131011/dn_03/Dr.-M-pertahan-kenyataan-Ahmad-Zahid#ixzz2hOZ1scud
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 10 October 2013

KISAH SEBENAR DATUK ZAHID DI MITC, MELAKA


5 Oktober 2013 (Sabtu) saya dan rakan perwakilan UMNO yang lain bergegas ke MITC Melaka untuk bertemu Datuk  Zahid Calon Naib Presiden UMNO (VP01) buat kali kedua dalam satu perjumpaan tertutup.

Jujurnya, sambutan dari sahabat rangkaian politiknya di Melaka sangat dahsyat. Sebagai calon Naib Presiden UMNO, beliau telah berucap dengan santai, tenang dan sambil menyentuh isu semasa yang berlaku dalam negara untuk membangkitkan semangat orang Melayu.

Saya dan rakan perwakilan khusyuk mendengar ucapan penuh bersemangatnya. Bagi kami beliau adalah seorang pemimpin “Ultra Melayu” yang pasti mendapat sokongan akar umbi.

Dalam pada itu, salah seorang sahabat perwakilan kami ternampak kelibat kaum lain berada dalam “Majlis Melayu” ini. Pantas kami membisikkan hal ini kepada urusetia penganjur kerana isu yang dibangkitkan oleh Datuk  Zahid ini agak berat dan sukar untuk dihadam oleh persepsi masyarakat majmuk.

Maka, pihak urusetia meminta kerjasama rakan wartawan untuk beransur keluar dengan segera dari majlis. Namun kumpulan wartawan tersebut berdegil dan tegar untuk tidak keluar dari majlis atas alasan mereka telah dijemput oleh penganjur.

Beberapa orang pegawai bertanggungjawab membujuk para wartawan namun ia memakan masa yang agak lama sehingga menyebabkan campur tangan daripada Datuk  Zahid sendiri yang pada ketika itu sedang ghairah berucap di majlis tersebut.

Lantas, beliau telah mengeluarkan arahan dengan nada yang tegas kepada semua wakil media meninggalkan majlis dan mengingatkan mereka agar tidak melaporkan kenyataan tersebut serta menghormati keputusannya.


Kami para perwakilan memberi tepukan dan sorakan padu kepada Datuk  Zahid atas ketegasan beliau. Sebenarnya, kami para perwakilan berasa marah dengan kehadiran wartawan Bukan Melayu dalam majlis tertutup ini. Persoalan yang mengejutkan saya, bagaimanakah para wartawan lebih-lebih lagi bukan Melayu boleh berada di dalam perjumpaan politik ini ?

Umpamanya, ibarat satu mesyuarat keluarga yang diadakan di rumah tiba-tiba ada pula kehadiran orang luar dalam perbincangan keluarga tersebut ! Ini tidak manis.

Namun saya tidak nafikan, sebilangan kecil rakan media yang diminta keluar berasa kecil hati, sentap dan marah sehingga mengeruhkan suasana di luar dewan.

Apa-pun saya puji usaha penganjur dan pegawai mengawal keadaan tersebut secara berhemah dan profesional. Akhirnya, media menerima baik bujukan tersebut namun kelihatan seorang wartawan yang saya duga dari Oriental Daily masih tidak berpuas hati dengan tindakan Datuk  Zahid.

Jangkaan saya tepat apabila semalam, saya terbaca isu ini di Malaysiakini yang telah  memutar belit dan memanipulasi kejadian sebenar yang bersumberkan dari Oriental Daily.

Memang wartawan tersebut berniat jahat dan ingin membalas dendam dengan menyalurkan isu ini kepada Malaysiakini yang sedang berusaha mensabotaj Datuk  Zahid walaupun telah diberi amaran oleh YB Menteri untuk tidak mengambil gambar dan membuat laporan ucapannya. Pihak wartawan telah melanggar etika kewartawanannya sebagai pengamal media.

Bagi kami orang Melayu akan bergading bahu dan menambah sokongan kepada Datuk Zahid sebagai Calon VP01. Walau apa pun kaum lain dari Pembangkang cuba untuk menjatuhkan imejnya, kami tetap sokong Datuk Zahid. UMNO memerlukan pemimpin yang tegas, berani dan vokal seperti YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


Sumber dari kenalan media yang hadir sama ke program tersebut...