5 Oktober
2013 (Sabtu) saya dan rakan perwakilan UMNO yang lain bergegas ke MITC Melaka untuk
bertemu Datuk Zahid Calon Naib Presiden
UMNO (VP01) buat kali kedua dalam satu perjumpaan tertutup.
Jujurnya, sambutan dari
sahabat rangkaian politiknya di Melaka sangat dahsyat. Sebagai calon Naib
Presiden UMNO, beliau telah berucap dengan santai, tenang dan sambil menyentuh
isu semasa yang berlaku dalam negara untuk membangkitkan semangat orang Melayu.
Saya dan rakan perwakilan
khusyuk mendengar ucapan penuh bersemangatnya. Bagi kami beliau adalah seorang
pemimpin “Ultra Melayu” yang pasti mendapat sokongan akar umbi.
Dalam pada itu, salah
seorang sahabat perwakilan kami ternampak kelibat kaum lain berada dalam
“Majlis Melayu” ini. Pantas kami membisikkan hal ini kepada urusetia penganjur
kerana isu yang dibangkitkan oleh Datuk Zahid ini agak berat dan sukar untuk dihadam
oleh persepsi masyarakat majmuk.
Maka, pihak urusetia meminta
kerjasama rakan wartawan untuk beransur keluar dengan segera dari majlis. Namun
kumpulan wartawan tersebut berdegil dan tegar untuk tidak keluar dari majlis
atas alasan mereka telah dijemput oleh penganjur.
Beberapa orang pegawai
bertanggungjawab membujuk para wartawan namun ia memakan masa yang agak lama
sehingga menyebabkan campur tangan daripada Datuk Zahid sendiri yang pada ketika itu sedang ghairah
berucap di majlis tersebut.
Lantas, beliau telah
mengeluarkan arahan dengan nada yang tegas kepada semua wakil media meninggalkan
majlis dan mengingatkan mereka agar tidak melaporkan kenyataan tersebut serta
menghormati keputusannya.
Kami para perwakilan memberi
tepukan dan sorakan padu kepada Datuk Zahid atas ketegasan beliau. Sebenarnya, kami
para perwakilan berasa marah dengan kehadiran wartawan Bukan Melayu dalam
majlis tertutup ini. Persoalan yang mengejutkan saya, bagaimanakah para
wartawan lebih-lebih lagi bukan Melayu boleh berada di dalam perjumpaan politik
ini ?
Umpamanya, ibarat satu
mesyuarat keluarga yang diadakan di rumah tiba-tiba ada pula kehadiran orang
luar dalam perbincangan keluarga tersebut ! Ini tidak manis.
Namun saya tidak nafikan, sebilangan
kecil rakan media yang diminta keluar berasa kecil hati, sentap dan marah
sehingga mengeruhkan suasana di luar dewan.
Apa-pun saya puji usaha
penganjur dan pegawai mengawal keadaan tersebut secara berhemah dan profesional.
Akhirnya, media menerima baik bujukan tersebut namun kelihatan seorang wartawan
yang saya duga dari Oriental Daily masih tidak berpuas hati dengan tindakan Datuk
Zahid.
Jangkaan saya tepat apabila
semalam, saya terbaca isu ini di Malaysiakini yang telah memutar belit dan memanipulasi kejadian sebenar
yang bersumberkan dari Oriental Daily.
Memang wartawan tersebut
berniat jahat dan ingin membalas dendam dengan menyalurkan isu ini kepada
Malaysiakini yang sedang berusaha mensabotaj Datuk Zahid walaupun telah diberi amaran oleh YB
Menteri untuk tidak mengambil gambar dan membuat laporan ucapannya. Pihak
wartawan telah melanggar etika kewartawanannya sebagai pengamal media.
Bagi kami orang Melayu akan
bergading bahu dan menambah sokongan kepada Datuk Zahid sebagai Calon VP01. Walau apa pun kaum
lain dari Pembangkang cuba untuk menjatuhkan imejnya, kami tetap sokong Datuk
Zahid. UMNO memerlukan pemimpin yang tegas, berani dan vokal seperti YB Datuk
Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Sumber dari kenalan media yang hadir sama ke program tersebut...
No comments:
Post a Comment