Kesihatan
diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak
menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga
yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat
untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan
penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana
tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang
berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur
sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.
Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.
“
Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di
negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan
(obesiti). ”
Renungan Saya, makanan
seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh
badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan
menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang
menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang
sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang
ini.
Salah
satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah
mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang
diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh
seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk
menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu
menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang
itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
Kita
perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya saling berkait. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya
negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik. Jika amalan pemakanan yang tidak seimbang di amalkan terus di negara kita, ia akan memberikan kesan negatif.
Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah
pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu
mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya.
“Tepuk dada tanya selera, fikir dulu sebelum makan”.
Obesiti Serius...
No comments:
Post a Comment