Tuesday, 20 January 2015

Bekalkan makanan kepada anak anda.

Salam,

Makanan penting untuk anak yang bersekolah. Kepada ibu Bapa jangan pandang remeh berkenaan apa yang anda makan. Cerita yang Intan tonton membuatkan Intan berfikir. 

1. Pagi tadi dibincangkan di dalam tv, betapa kotornya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif.

2. Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah kesian, suci, alami perkara-perkara di bawah:

3. Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.

4. Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, "Dua, seringgit," sedangkan boleh diberitahu harga seunit "Satu, lima puluh sen."

5. Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.

6. Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa.

7. Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan.

8. Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan.

9. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.

10. Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis.

11. Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan. Sedih lagi T_T

12. Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan bekal makanan.

13. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.

14. Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.

15. Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.

Sekian,

Intan
Menara Condong

Terbukti wanita sekarang hanya mahukan KEMEWAHAN

Salam,

Wanita hari ini hanya pentingkan dunia, benarkah? Intan rasa kita kaum hawa perlu berubah. Buangkan idealogi barat yang pandang harta dunia.



\

Jangan lah jadi hamba duit or hamba dunia. 

Sekian.

Intan 
Menara Condong

Sebab kenapa Wanita WAJIB menutup aurat @jakim

Salam,

Hai..
 jom tonton video ini.. anda boelh lihat bukti dan kenapa islam mewajibkan wanita menutup aurat.  




Kita renung-renungkanlah bersama wahai kaum hawa.

Sekian,

Intan
Menara Condong

OPERASI BERSEPADU BERTERUSAN KE ATAS SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN @KDNPUTRAJAYA



 Salam.

      Syarikat pengawal keselamatan bagai amat penting, tapi ada segelintir mengambil kesempatan. Jadi Intan lihat KDN akan mengawal kewujudan syarikat kawalan keselamatan mengikut SOP. 

1.   Ekoran daripada isu-isu pengawal keselamatan sebelum ini berpunca daripada ketidakpatuhan syarikat kawalan keselamatan terhadap peraturan – peraturan dan akta yang sedia ada, operasi penguatkuasaan bersepadu yang disertai Kementerian Dalam negeri (KDN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah diselaraskan di bawah sebuah Task Force bermula 1 November 2013 sehingga suatu tempoh masa yang akan ditentukan kelak.
2.         Sehingga kini, terdapat seramai 161,307 pengawal keselamatan tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri dan seramai 13,349 pengawal keselamatan warganegara Nepal yang bekerja di Malaysia berdasarkan kepada Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
3.         Operasi penguatkuasaan bersepadu ini dijalankan secara berterusan bagi menangkap pengawal-pengawal keselamatan warga asing haram dan juga memantau kesalahan – kesalahan yang dilakukan oleh syarikat – syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara. Antara kesalahan yang dikesan adalah menggunakan pengawal keselamatan yang memegang kad pengenalan palsu, menggaji pengawal keselamatan warga asing haram, menggunakan pengawal keselamatan bersenjata yang tidak memiliki lesen memegang senjata api (carry and use (C&U) license) dan tidak melakukan tapisan keselamatan terhadap pengawal keselamatan warga tempatan.
4.         Pasukan operasi penguatkuasaan bersepadu Putrajaya yang diketuai oleh KDN bersama-sama JIM dan JPN ini dijalankan hampir setiap hari termasuk di waktu malam, manakala di peringkat negeri, operasi penguatkuasaan  bersepadu dijalankan oleh PDRM, JIM dan JPN negeri masing-masing.
5.         Pasukan operasi penguatkuasaan bersepadu turut menjemput bersama pihak media untuk turut serta bagi tujuan publisiti kepada masyarakat. Beberapa operasi dan tangkapan pengawal keselamatan warga asing haram pernah dilaporkan dalam akhbar dan televisyen seperti Buletin Utama TV3, Berita RTM, Rancangan 999 TV3 dan akhbar-akhbar utama.
6.         Statistik tangkapan di seluruh negara melalui 196 operasi bersepadu yang dijalankan bermula pada 1 November 2013 sehingga 31 Disember 2014 adalah seramai 729 orang (warga asing haram). Untuk tahun 2015, KDN berjaya melaksanakan 7 operasi bersepadu bermula 13 Januari 2015 di mana seramai 18 pengawal keselamatan warga asing haram telah ditangkap.
7.         Statistik mulai tahun 2010 hingga 2014 menyaksikan KDN telah menggantung dan membatalkan lesen 45 buah syarikat kawalan keselamatan kerana pelbagai kesalahan – kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. Pada tahun 2014 sahaja, KDN telah mengeluarkan 143 surat tunjuk sebab kepada syarikat kawalan keselamatan yang didapati melanggar peraturan dan membatalkan lesen 23 buah syarikat kawalan keselamatan di atas kesalahan menggunakan pengawal keselamatan warga asing haram.
8.         Berkuatkuasa 1 September 2014, KDN mewajibkan semua syarikat kawalan keselamatan untuk membuat pengesahan kad pengenalan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi calon-calon pengawal keselamatan dan mereka perlulah tampil secara fizikal (hadir sendiri) di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat pengesahan kad pengenalan secara biometrik sebelum syarikat mengemukakan permohonan tapisan keselamatan kepada KDN dan PDRM. Ini bertujuan untuk memastikan semua pengawal keselamatan tempatan adalah warganegara Malaysia dan pemilik kad pengenalan yang sah/ sebenar.
9.         KDN juga akan terus meningkatkan penguatkuasaan terhadap penggunaan senjata api kepada semua syarikat agensi persendirian dan pengawal keselamatan. Pada masa yang sama, prosedur-prosedur serta syarat untuk permohonan lesen senjata api (carry and use (C&U) license) telah diperketatkan termasuk mewajibkan pengawal keselamatan membuat pengesahan cap cari secara biometrik dan hadir sendiri secara fizikal di Ibu Pejabat Polis yang berkenaan. Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri dan Daerah juga akan membuat pemeriksaan secara berkala terhadap semua pengawal keselamatan dan syarikat kawalan keselamatan yang mempunyai lesen senjata api.
10.      KDN juga telah melakukan audit secara menyeluruh terhadap 120 syarikat kawalan keselamatan yang dikenalpasti bermasalah untuk diambil tindakan selanjutnya. Audit bertujuan untuk memastikan kualiti dan keupayaan syarikat seperti keupayaan kewangan, kecekapan pengurusan, penyediaan kemudahan serta kebajikan pengawal keselamatan dan kakitangan.
12.      Selain itu, KDN juga telah dimaklumkan oleh Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) bahawa jumlah syarikat yang menggunakan pengawal keselamatan warga asing haram telah berkurang secara drastik hasil daripada operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan secara berterusan oleh KDN. Malah, operasi penguatkuasaan bersepadu KDN ini mendapat  maklumbalas yang positif daripada pihak PPKKM.
13.      KDN menyeru agar masyarakat terutamanya persatuan penduduk dan badan pengurusan perumahan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan hanya syarikat kawalan keselamatan yang berlesen sahaja dibenarkan memberikan perkhidmatan kawalan keselamatan, menggunakan pengawal keselamatan tempatan atau warga Nepal yang dibenarkan dan lulus tapisan keselamatan oleh KDN dan PDRM.. Selain itu juga, adalah turut menjadi suatu kesalahan sekiranya mana-mana individu atau organisasi yang menggaji atau menyalahgunakan pas lawatan kerja sementara pekerja warganegara asing yang bekerja dengan sektor perkhidmatan yang lain sebagai pengawal keselamatan.
14.      Bagi tahun 2015, KDN akan terus melipat gandakan operasi penguatkuasaan dan usaha-usaha untuk membanteras penggunaan pengawal warga asing haram. Masyarakat adalah digalakkan untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada KDN secara bertulis atau dengan mengemukakan aduan melalui laman web KDN sekiranya mengetahui atau melihat warga asing haram yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. 

Sekian,

Intan 
Menara Condong

BRAZIL DAN BELANDA PERTAHAN RAKYATNYA TERLIBAT DENGAN JENAYAH DI INDONESIA

Salam,
Harini Intan terbaca satu artikel berkenaan pembelaan terhadap penjenayah oleh negara mereka sendiri. Benar juga apa yang ditulis dalam artikel ini.

1. Semalam heboh di media perdana seperti Utusan, Metro hatta TV3 melaporkan tentang pendirian Brazil dan Belanda memanggil balik duta masing-masing di Indonesia dengan menyatakan rasa marah kepada Jakarta selepas rayuan kedua-dua negara terhadap warganegara mereka dihukum mati diabaikan.

2. Enam pesalah dadah maut di depan laras senapang penembak tepat Indonesia semalam. Maka pemimpin Brazil berang selepas Jakarta tidak mengendahkan rayuannya untuk tidak membunuh Archer Cardosa Moreira yang disabitkan kesalahan menyeludup kokain pada 2004.

3. Belanda juga membantah pelaksanaan hukuman tembak ke atas rakyatnya Ang Keim Soei. Kerajaan mereka melakukan apa yang terdaya sehingga Raja Belanda sendiri menghubungi Jokowi mengenasi isu ini. Rakyat Belanda melakukan protes !

4. Hikmah dari tindakan Brazil dan Belanda ini menyebabkan kita kembali berfikir tentang mentaliti Pembangkang di Malaysia hatta segelintir pemimpin kerajaan sendiri yang mempertikaikam surat Zahid kepada FBI tentang penjelasan status Paul Phua.

5. Adakah pembangkang di Brazil dan Belanda menuduh kerajaannya terlibat dengan dadah ? Adakah rakyat Brazil dan Belanda memfitnah pemimpin dan Raja mereka hidup atas duit pengedaran dadah ? SAMA SEKALI TIDAK ! Ini kerana memtaliti mereka sangat memahami konteks hubungan antarabangsa yang melangkaui sempadan negara. Kedua rakyat mereka dipertahankan walau didapati bersalah.

6. Sedangkan Zahid hanya menulis surat penjelasan status Paul Phua semata-mata. Malah surat tersebut adalah sulit. Masalahnya ia telah terbocor untuk tatapan umum. Apabila sesuatu surat sulit terdedah kepada umum maka pasti salah faham akan berlaku. Kita harus mendesak pihak berkuasa mencari siapakah dalang yang membocorkan surat ini. Itu lebih penting dari menjelaskan kandungan surat tersebut.

7. Isu keselamatan sama sekali tidak boleh dipolitikkan. Isu keselamatan adalah bab keselamatan yang terpisah jauh dengan politik. Diharap pemimpin Pembangkang berhenti mempolitikkan perkara ini kerana masyarakat sudah nampak seolah ada gerakan dari satu kumpulan "Taikun Judi"  berada di belakang Lim Kit Siang untuk memastikan Paul Phua terjerat demi kepentingan wilayah jenayahnya. Saya akan dedahkan kumpulan tersebut dalam penulisan seterusnya. TUNGGU ...

8. Masyarakat sudah meluat dan jelik dengan topeng politik Pembangkang. Hatta segelintir pemimpin UMNO sendiri yang sengaja mengeluarkan kenyataan yang boleh dimanipulasikan oleh media.

9. Apa sudah jadi dengan pemimpin UMNO sekarang ? UMNO sedang lemah. Janganlah waktu kita tenat ini wujud pula perpecahan dalaman yang semakin ketara secara "open war". Tersebar di blog dan FB telah wujud perancangan satu kumpulan berpengaruh mengarahkan media perdana (Utusan, TV3) untuk mencalarkan imej Zahid tetapi atas kekuasaan Allah mereka tidak sedar melaporkan sendiri kes hukuman dadah di Indonesia ini secara tidak langsung membuka mata masyarakat bahawa negara-negara dunia seboleh daya mempertahankan rakyatnya di negara luar.

10. Tindakan bermotif ini hanya akan merugikan UMNO sendiri. Sudah cukup kenyataan Anifah Aman(Menteri Luar), Tun Hanif Omar (Ex IGP), Mustafa Ishak (Majlis Profesor Negara) memberikan komentar yang positif terhadap isu surat Paul Phua. Mengapa kita tutup minda dan telinga kita untuk menerimanya.

Sekian.

Intan
Menara Condong