Salam.
Syarikat pengawal keselamatan bagai amat penting, tapi ada segelintir mengambil kesempatan. Jadi Intan lihat KDN akan mengawal kewujudan syarikat kawalan keselamatan mengikut SOP.
1. Ekoran daripada isu-isu pengawal keselamatan sebelum
ini berpunca daripada ketidakpatuhan syarikat kawalan keselamatan terhadap
peraturan – peraturan dan akta yang sedia ada, operasi penguatkuasaan bersepadu
yang disertai Kementerian Dalam negeri (KDN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah
diselaraskan di bawah sebuah Task Force
bermula 1 November 2013 sehingga suatu tempoh masa yang akan ditentukan kelak.
2. Sehingga
kini, terdapat seramai 161,307
pengawal keselamatan tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri
dan seramai 13,349 pengawal
keselamatan warganegara Nepal yang bekerja di Malaysia berdasarkan kepada Pas
Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dan dikeluarkan oleh Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM).
3. Operasi
penguatkuasaan bersepadu ini dijalankan secara berterusan bagi menangkap
pengawal-pengawal keselamatan warga asing haram dan juga memantau kesalahan –
kesalahan yang dilakukan oleh syarikat – syarikat kawalan keselamatan di
seluruh negara. Antara kesalahan yang dikesan adalah menggunakan pengawal
keselamatan yang memegang kad pengenalan palsu, menggaji pengawal keselamatan warga
asing haram, menggunakan pengawal keselamatan bersenjata yang tidak memiliki
lesen memegang senjata api (carry and use
(C&U) license) dan tidak melakukan tapisan keselamatan terhadap pengawal
keselamatan warga tempatan.
4. Pasukan operasi penguatkuasaan bersepadu
Putrajaya yang diketuai oleh KDN bersama-sama JIM dan JPN ini dijalankan hampir
setiap hari termasuk di waktu malam, manakala di peringkat negeri, operasi
penguatkuasaan bersepadu dijalankan oleh
PDRM, JIM dan JPN negeri masing-masing.
5. Pasukan
operasi penguatkuasaan bersepadu turut menjemput bersama pihak media untuk
turut serta bagi tujuan publisiti kepada masyarakat. Beberapa operasi dan
tangkapan pengawal keselamatan warga asing haram pernah dilaporkan dalam akhbar
dan televisyen seperti Buletin Utama TV3, Berita RTM, Rancangan 999 TV3 dan
akhbar-akhbar utama.
6. Statistik
tangkapan di seluruh negara melalui 196 operasi bersepadu yang dijalankan
bermula pada 1 November 2013 sehingga 31
Disember 2014 adalah seramai 729
orang (warga asing haram). Untuk tahun 2015, KDN berjaya melaksanakan 7 operasi
bersepadu bermula 13 Januari 2015 di mana seramai 18 pengawal keselamatan warga
asing haram telah ditangkap.
7. Statistik
mulai tahun 2010 hingga 2014
menyaksikan KDN telah menggantung dan membatalkan lesen 45 buah syarikat kawalan keselamatan kerana pelbagai kesalahan –
kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971. Pada tahun
2014 sahaja, KDN telah mengeluarkan 143
surat tunjuk sebab kepada syarikat kawalan keselamatan yang didapati
melanggar peraturan dan membatalkan lesen 23
buah syarikat kawalan keselamatan di atas kesalahan menggunakan pengawal keselamatan
warga asing haram.
8. Berkuatkuasa 1 September 2014, KDN
mewajibkan semua syarikat kawalan keselamatan untuk membuat pengesahan kad
pengenalan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi calon-calon pengawal
keselamatan dan mereka perlulah tampil secara fizikal (hadir sendiri) di
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat pengesahan kad pengenalan secara
biometrik sebelum syarikat mengemukakan permohonan tapisan keselamatan kepada KDN
dan PDRM. Ini bertujuan untuk memastikan semua pengawal keselamatan tempatan
adalah warganegara Malaysia dan pemilik kad pengenalan yang sah/ sebenar.
9. KDN
juga akan terus meningkatkan penguatkuasaan terhadap penggunaan senjata api
kepada semua syarikat agensi persendirian dan pengawal keselamatan. Pada masa
yang sama, prosedur-prosedur serta syarat untuk permohonan lesen senjata api (carry and use (C&U) license) telah
diperketatkan termasuk mewajibkan pengawal keselamatan membuat pengesahan cap
cari secara biometrik dan hadir sendiri secara fizikal di Ibu Pejabat Polis
yang berkenaan. Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri dan Daerah juga akan membuat
pemeriksaan secara berkala terhadap semua pengawal keselamatan dan syarikat
kawalan keselamatan yang mempunyai lesen senjata api.
10. KDN
juga telah melakukan audit secara menyeluruh terhadap 120 syarikat kawalan
keselamatan yang dikenalpasti bermasalah untuk diambil tindakan selanjutnya. Audit bertujuan untuk memastikan
kualiti dan keupayaan syarikat seperti keupayaan kewangan, kecekapan
pengurusan, penyediaan kemudahan serta kebajikan pengawal keselamatan dan
kakitangan.
12. Selain
itu, KDN juga telah dimaklumkan oleh Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan
Malaysia (PPKKM) bahawa jumlah syarikat yang menggunakan pengawal keselamatan warga
asing haram telah berkurang secara drastik hasil daripada operasi penguatkuasaan
bersepadu yang dijalankan secara berterusan oleh KDN. Malah, operasi penguatkuasaan
bersepadu KDN ini mendapat maklumbalas
yang positif daripada pihak PPKKM.
13. KDN
menyeru agar masyarakat terutamanya persatuan penduduk dan badan pengurusan
perumahan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan hanya syarikat kawalan
keselamatan yang berlesen sahaja dibenarkan memberikan perkhidmatan kawalan
keselamatan, menggunakan pengawal keselamatan tempatan atau warga Nepal yang
dibenarkan dan lulus tapisan keselamatan oleh KDN dan PDRM.. Selain itu juga,
adalah turut menjadi suatu kesalahan sekiranya mana-mana individu atau
organisasi yang menggaji atau menyalahgunakan pas lawatan kerja sementara
pekerja warganegara asing yang bekerja dengan sektor perkhidmatan yang lain
sebagai pengawal keselamatan.
14. Bagi
tahun 2015, KDN akan terus melipat gandakan operasi penguatkuasaan dan
usaha-usaha untuk membanteras penggunaan pengawal warga asing haram. Masyarakat
adalah digalakkan untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada KDN secara
bertulis atau dengan mengemukakan aduan melalui laman web KDN sekiranya mengetahui
atau melihat warga asing haram yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Sekian,
Intan
Menara Condong
No comments:
Post a Comment