Tuesday, 20 January 2015

BRAZIL DAN BELANDA PERTAHAN RAKYATNYA TERLIBAT DENGAN JENAYAH DI INDONESIA

Salam,
Harini Intan terbaca satu artikel berkenaan pembelaan terhadap penjenayah oleh negara mereka sendiri. Benar juga apa yang ditulis dalam artikel ini.

1. Semalam heboh di media perdana seperti Utusan, Metro hatta TV3 melaporkan tentang pendirian Brazil dan Belanda memanggil balik duta masing-masing di Indonesia dengan menyatakan rasa marah kepada Jakarta selepas rayuan kedua-dua negara terhadap warganegara mereka dihukum mati diabaikan.

2. Enam pesalah dadah maut di depan laras senapang penembak tepat Indonesia semalam. Maka pemimpin Brazil berang selepas Jakarta tidak mengendahkan rayuannya untuk tidak membunuh Archer Cardosa Moreira yang disabitkan kesalahan menyeludup kokain pada 2004.

3. Belanda juga membantah pelaksanaan hukuman tembak ke atas rakyatnya Ang Keim Soei. Kerajaan mereka melakukan apa yang terdaya sehingga Raja Belanda sendiri menghubungi Jokowi mengenasi isu ini. Rakyat Belanda melakukan protes !

4. Hikmah dari tindakan Brazil dan Belanda ini menyebabkan kita kembali berfikir tentang mentaliti Pembangkang di Malaysia hatta segelintir pemimpin kerajaan sendiri yang mempertikaikam surat Zahid kepada FBI tentang penjelasan status Paul Phua.

5. Adakah pembangkang di Brazil dan Belanda menuduh kerajaannya terlibat dengan dadah ? Adakah rakyat Brazil dan Belanda memfitnah pemimpin dan Raja mereka hidup atas duit pengedaran dadah ? SAMA SEKALI TIDAK ! Ini kerana memtaliti mereka sangat memahami konteks hubungan antarabangsa yang melangkaui sempadan negara. Kedua rakyat mereka dipertahankan walau didapati bersalah.

6. Sedangkan Zahid hanya menulis surat penjelasan status Paul Phua semata-mata. Malah surat tersebut adalah sulit. Masalahnya ia telah terbocor untuk tatapan umum. Apabila sesuatu surat sulit terdedah kepada umum maka pasti salah faham akan berlaku. Kita harus mendesak pihak berkuasa mencari siapakah dalang yang membocorkan surat ini. Itu lebih penting dari menjelaskan kandungan surat tersebut.

7. Isu keselamatan sama sekali tidak boleh dipolitikkan. Isu keselamatan adalah bab keselamatan yang terpisah jauh dengan politik. Diharap pemimpin Pembangkang berhenti mempolitikkan perkara ini kerana masyarakat sudah nampak seolah ada gerakan dari satu kumpulan "Taikun Judi"  berada di belakang Lim Kit Siang untuk memastikan Paul Phua terjerat demi kepentingan wilayah jenayahnya. Saya akan dedahkan kumpulan tersebut dalam penulisan seterusnya. TUNGGU ...

8. Masyarakat sudah meluat dan jelik dengan topeng politik Pembangkang. Hatta segelintir pemimpin UMNO sendiri yang sengaja mengeluarkan kenyataan yang boleh dimanipulasikan oleh media.

9. Apa sudah jadi dengan pemimpin UMNO sekarang ? UMNO sedang lemah. Janganlah waktu kita tenat ini wujud pula perpecahan dalaman yang semakin ketara secara "open war". Tersebar di blog dan FB telah wujud perancangan satu kumpulan berpengaruh mengarahkan media perdana (Utusan, TV3) untuk mencalarkan imej Zahid tetapi atas kekuasaan Allah mereka tidak sedar melaporkan sendiri kes hukuman dadah di Indonesia ini secara tidak langsung membuka mata masyarakat bahawa negara-negara dunia seboleh daya mempertahankan rakyatnya di negara luar.

10. Tindakan bermotif ini hanya akan merugikan UMNO sendiri. Sudah cukup kenyataan Anifah Aman(Menteri Luar), Tun Hanif Omar (Ex IGP), Mustafa Ishak (Majlis Profesor Negara) memberikan komentar yang positif terhadap isu surat Paul Phua. Mengapa kita tutup minda dan telinga kita untuk menerimanya.

Sekian.

Intan
Menara Condong

No comments:

Post a Comment