Intan lihat pelajar sekarang menyalahkan kerajaan dengan hutang yang mereka sendiri pinjam. Konsepnya sudah pinjam bayar la balik, bukan susah pun. Ada cara kita tak perlu bayar balik hutang PTPTN kita dengan mendapat keputusan cemerlang kelas pertama di Universiti.
Merujuk akhbar hari ini,
Seramai 558,475 peminjam
PTPTN yang gagal melunaskan bayaran balik akan di senaraikan dalam Sistem
Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara, mulai 1
Januari 2015.
Menurut Pengurusi
PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Pada peringkat awal ini pihaknya akan
menyenaraiakan 173,985 dahula dimana mereka ini tidak lansung membayar
kepada PTPTN selama 3 tahun bermula dari tarikh mula membayar.
"Penyenaraian ini akan
dibuat secara berperingkat. Pada peringkat permulaan, butiran mengenai 173,985
peminjam dengan pinjaman berjumlah RM1.23 bilion akan disenaraikan dalam CCRIS.
Beliau melihat cara ini lebih
berkesan untuk membuatkan peminjam membayar balik pinjaman mereka dengan
PTPTN.Sebelum ini pihak PTPTN sudah ingin melaksanakan rancangan ini tetapi di
tangguh dan ada pihak meminta di kaji semula kerana seolah-olah membebankan
peminjam.
Pelajar yang mendapat keputusan akhir Kelas pertama akan menjadikan pinjaman mereka biasiswa. Kerajaan sudah memberi peluang untuk tidak membayar, selebihnya terpulang kepada anda sendiri sebagai pelajar berusaha. Janganla mengharapkan pemberian sahaja tanpa usaha, ini adalah tindakan sewajarnya untuk memberi pelajar kita belajar dengan percuma.
Jadilah pelajar yang bijak, jangan mengharap orang lain akan membajak untuk kamu jadi bijak.
Sekian,
Intan
Menara Condong
No comments:
Post a Comment