Wednesday, 5 November 2014

Bencana Cameron Highland menjelaskan Kuasa ALLAH PADA Umatnya. @bombaJBPM @JPAMtwiter



Salam,

Kerana Allah sesuatu perkara berlaku. begitulah yang berlaku semalam Banjir Lumpur di Cameron Highland berlaku menyebabkan beberapa kemalangan jiwa. 

Penduduk di sekitar Lembah Bertam diigngatkan supaya sentiasa peka dan waspada dengan loceng amaran pihak berkuasa berikutan peningkatan paras air di Empangan Bertam. Namun begitu kuasa Allah tidak boleh ditentang walau sesedia mana pun kita. 

Kita sebagai umatnya tetap harus bersyukur dan redha atas apa yang berlaku itu mungkin ada hikmahnya pada masa akan datang.

Kawasan terjejas hanya terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam. Dalam perkembangan yang sama, Bernama melaporkan kira-kira 150 penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan akibat banjir kilat itu, manakala seorang pekerja kebun sayur dilaporkan maut akibat kejadian tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu.

Kesemua mereka daripada 37 keluarga di Pekan Baru Ringlet, Cameron Highlands dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Morni Mamat berkata, pekerja kebun sayur yang maut itu adalah warganegara Nepal dan identitinya belum dikenal pasti.

Sekian,

Intan
Menara Condong

No comments:

Post a Comment