Salam,
Intan baca suratkhabar hari ini, bahawa Jabatan Imigresen akan melancarkan Ops Bersepadu bagi membanteras PATI yang dikatakan hampir 30,000 orang di Cameron Higlands. Pada pandangan Intan jika kita melakukan sebarang operasi perlukah kita memberi tahu kepada media sebelum kita melancarkan operasi tersebut?
Contoh apa yang di umumkan Jabatan Imigresen kepada media, secara terang-terangan tempat dan lokasi yang menjadi target buruan operasi dinyatakan. Sudahnya pada hari kejadian serbuan nanti hasil tangkapan hanya 30 orang, lebih 29 970 orang PATI telah melarikan diri.
Hal ini menjadikan kerja mudah pada Jabatan Imigresen untuk menghadapi hanya 30 orang PATI berbanding seramai 30,000 orang seperti yang di perkatakan.
Pada sudut lain pula mungkin Jabatan Imigresen ada rancangan tertentu untuk mengaburi mata majikan-majikan yang membela PATI. Lokasi dan tempat yang dinyatakan oleh Jabatan mungkin boleh jadi berbeza diwaktu serbuan akan datang.
Apapun Intan harap Jabatan Imigresen akan lebih menjaga intergriti semasa bertugas dan menjaga amanah yang diberikan rakyat.
Akhirkata dari Intan Syabas Imigresen. teruskan Mengempur PATI.
Intan
Menara Condong
No comments:
Post a Comment