Thursday, 6 November 2014

Cara Tak Nak BAYAR HUTANG PTPTN

Salam,

Intan lihat pelajar sekarang menyalahkan kerajaan dengan hutang yang mereka sendiri pinjam. Konsepnya sudah pinjam bayar la balik, bukan susah pun. Ada cara kita tak perlu bayar balik hutang PTPTN kita dengan mendapat keputusan cemerlang kelas pertama di Universiti.

Merujuk akhbar hari ini,

Seramai 558,475 peminjam PTPTN yang gagal melunaskan bayaran balik akan di senaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara, mulai 1 Januari 2015.

Menurut Pengurusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Pada peringkat awal ini pihaknya akan menyenaraiakan 173,985 dahula dimana mereka ini tidak lansung membayar kepada PTPTN selama 3 tahun bermula dari tarikh mula membayar.

"Penyenaraian ini akan dibuat secara berperingkat. Pada peringkat permulaan, butiran mengenai 173,985 peminjam dengan pinjaman berjumlah RM1.23 bilion akan disenaraikan dalam CCRIS.

Beliau melihat cara ini lebih berkesan untuk membuatkan peminjam membayar balik pinjaman mereka dengan PTPTN.Sebelum ini pihak PTPTN sudah ingin melaksanakan rancangan ini tetapi di tangguh dan ada pihak meminta di kaji semula kerana seolah-olah membebankan peminjam.

Pelajar yang mendapat keputusan akhir Kelas pertama akan menjadikan pinjaman mereka biasiswa. Kerajaan sudah memberi peluang untuk tidak membayar, selebihnya terpulang kepada anda sendiri sebagai pelajar berusaha.  Janganla mengharapkan pemberian sahaja tanpa usaha, ini adalah tindakan sewajarnya untuk memberi pelajar kita belajar dengan percuma.

Jadilah pelajar yang bijak, jangan mengharap orang lain akan membajak untuk kamu jadi bijak. 

Sekian,

Intan 
Menara Condong

Wednesday, 5 November 2014

Bencana Cameron Highland menjelaskan Kuasa ALLAH PADA Umatnya. @bombaJBPM @JPAMtwiter

Salam,

Kerana Allah sesuatu perkara berlaku. begitulah yang berlaku semalam Banjir Lumpur di Cameron Highland berlaku menyebabkan beberapa kemalangan jiwa. 

Penduduk di sekitar Lembah Bertam diigngatkan supaya sentiasa peka dan waspada dengan loceng amaran pihak berkuasa berikutan peningkatan paras air di Empangan Bertam. Namun begitu kuasa Allah tidak boleh ditentang walau sesedia mana pun kita. 

Kita sebagai umatnya tetap harus bersyukur dan redha atas apa yang berlaku itu mungkin ada hikmahnya pada masa akan datang.

Kawasan terjejas hanya terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam. Dalam perkembangan yang sama, Bernama melaporkan kira-kira 150 penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan akibat banjir kilat itu, manakala seorang pekerja kebun sayur dilaporkan maut akibat kejadian tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu.

Kesemua mereka daripada 37 keluarga di Pekan Baru Ringlet, Cameron Highlands dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Morni Mamat berkata, pekerja kebun sayur yang maut itu adalah warganegara Nepal dan identitinya belum dikenal pasti.

Sekian,

Intan
Menara Condong

Pembuli TUNJUK KEMALUAN SENDIRI masa buli @PDRMsia & @TokMudim

Salam,

Intan sedih dengan nilai murni masyarakat kita sekarang sehingga mempengaruhi perbuatan ganas di sekolah. Intan rasa geram dan marah bila tonton video itu. Dalam rakaman video, seorang pelajar berusia lingkungan 13 tahun dilihat ditampar dan disepak serta ditumbuk bertalu-talu dengan kejam seolah-olah diseksa oleh kira-kira lapan pelajar lain.

Intan lihat, mangsa turut diheret di lantai sebelum dihempas ke almari pakaian, dilibas menggunakan penyangkut baju serta ditendang dan ditumbuk di bahagian kepala. Selain merakam video yang dipercayai dilakukan oleh salah seorang ahli pelajar berkenaan, kumpulan pelajar itu juga seperti ‘dirasuk’ kerana berjoget kegembiraan ketika membelasah mangsa. 

Lebih memalukan, salah seorang daripada mereka turut menunjukkan kemaluannya ketika rakaman itu dilakukan. Intan rasa nk potong je kemaluan budak tu.  Mangsa dan kumpulan pelajar berkenaan bercakap menggunakan loghat utara, semalam kelantan besok taktahula loghat mana. 

Video yang mula tersebar itu mengundang kemarahan dan kritikan masyarakat Malaysia yang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Persoalan disini bagai mana sistem pemantauan pelajar sekolah berasrama? mana nilai murni yang diajar? seperti hilang tamadun. Cikgu tak ambil peduli ke? Lepas ni mesti ada guru yang akan mengeluh kena datang asrama pantau pelajar, "on Call" dan sebagainya. Intan lihat cukgu sekarang sudah tidak berminat keatas pelajar-pelajar mereka sendiri. 

Bukan kita mahu salahkan sesiapa, tapi tunggulah nanti mesti ada cikgu yang merungut dan minta alaun dan sebagainya. 

Sekian,

Intan 
Menara Condong 

Dalam rakaman video terbaharu berdurasi 6 minit 52 saat itu, seorang pelajar berusia lingkungan 13 tahun dilihat ditampar dan disepak bertalu-talu seolah-olah diseksa oleh kira-kira lapan pelajar lain.
Mangsa yang memakai baju berwarna merah dan berseluar panjang hitam turut diheret di lantai sebelum dihempas ke almari pakaian, dilibas menggunakan penyangkut baju serta ditendang di bahagian kepala.
Selain merakam video yang dipercayai dilakukan oleh salah seorang ahli pelajar berkenaan, kumpulan pelajar itu juga seperti ‘dirasuk’ kerana berjoget kegembiraan ketika membelasah mangsa.
Lebih memalukan, salah seorang daripada mereka turut menunjukkan kemaluannya ketika rakaman itu dilakukan. Sehingga kini, sekolah yang menjadi lokasi kejadian buli itu belum dapat dikenal pasti.
Berdasarkan rakaman tersebut, mangsa dan kumpulan pelajar berkenaan bercakap menggunakan loghat utara.
Video yang mula tersebar itu mengundang kemarahan dan kritikan pengguna laman sosial yang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lagi-video-keganasan-pelajar-dimuat-naik-1.21334#sthash.VT8Xp8wJ.dpuf

Monday, 3 November 2014

@imigresenmy AKAN GEMPUR PATI tp BoCoR Lokasi @KDNPUTRAJAYA

Salam,

Intan baca suratkhabar hari ini, bahawa Jabatan Imigresen akan melancarkan Ops Bersepadu bagi membanteras PATI yang dikatakan hampir 30,000 orang di Cameron Higlands. Pada pandangan Intan jika kita melakukan sebarang operasi perlukah kita memberi tahu kepada media sebelum kita melancarkan operasi tersebut? 

Contoh apa yang di umumkan Jabatan Imigresen kepada media, secara terang-terangan tempat dan lokasi yang menjadi target buruan operasi dinyatakan. Sudahnya pada hari kejadian serbuan nanti hasil tangkapan hanya 30 orang, lebih 29 970 orang PATI telah melarikan diri.

Hal ini menjadikan kerja mudah pada Jabatan Imigresen untuk menghadapi hanya 30 orang PATI berbanding seramai 30,000 orang seperti yang di perkatakan.

Pada sudut lain pula mungkin Jabatan Imigresen ada rancangan tertentu untuk mengaburi mata majikan-majikan yang membela PATI. Lokasi dan tempat yang dinyatakan oleh Jabatan mungkin boleh jadi berbeza diwaktu serbuan akan datang. 

Apapun Intan harap Jabatan Imigresen akan lebih menjaga intergriti semasa bertugas dan menjaga amanah yang diberikan rakyat. 

 Akhirkata dari Intan Syabas Imigresen. teruskan Mengempur PATI. 

Intan
Menara Condong