Monday, 30 June 2014

Kematian di Bazar Ramadhan Putrajaya 2014

Salam,

Ramadhan adalah hari yang mulia. 
Mari kita sama-sama bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kita masih diberi peluang bernafas hingga sekarang. Yang pasti akan datang pun kita juga akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini.

Intan mendapat berita yang menghayat hati semalam. Ramadhan ke 2.
 
Intan di maklumkan,  ada kes kematian di Tapak Bazaar Ramadhan ptg (30 Jun 2014).
 
Jenazah:

- Muhammad Kamal bin Salleh Hodin
- 34thn
- bertugas di Kem. Sumber Asli & Alam Sekitar
- asal: Kluang, Johor.
 
Kronologi:


- Waktu kejadian: 5.45pm
- Lokasi: Tapak Bazaar Ramadhan Presint 3.
- mangsa dikatakan memanjat cerun utk ke bazaar dan melompat longkang. Tetapi lompatan beliau gagal dan terhantuk di tebing longkang.
- pihak polis mengesahkan beliau mati di tempat kejadian .
- status kes: di ambil alih oleh PDRM utk siasatan lanjut.


Gambar lokasi sebenar. 

Intan tidak mahu meletakan gambar yang menampakan wajah bagi menghormati arwah. Intan lihat kita sebagai seorang muslim perlulah akur bahawa kematian adalah perkara yang paling hampir dengan kita

Kita sebagai umat islam perlulah bersedia, sedangkan sekecil nyamuk pun boleh ditakdirkan sebagai pennyebab kematian. Benarlah kata orang pantang maut sebelum Ajal. 

Intan mintak sangat kita sebgaia umat islam dimatikan dalam kalimah Laillahaillallah...

Kita yang masih diberi peluang bernafas ini perlulah tingkatkan ibadah & keimanan terutamanya di bulan mulia ini.Sama-sama kita mengambil ikhtibar dan perbanyakan ibadat kerana kita tidak akan tahu bila Ajal kita. Intan sebak dan terpangil untuk berasa insaf bila mengetahui kejadian yang berlaku di Bazar Ramadhan itu.

Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada Arwah.

Al-Fatihah...

Sekian,

Intan
Menara Condong

Sunday, 29 June 2014

Good Jobs Home Ministry

Salam,

Good Jobs Home Ministry

Home Ministry has given security companies a one- year grace period from September to have their guards undergo a week’s centralised programme in police training institutions.

Applicants will have to verify their identity by presenting themselves at the National Registration Department to undergo biometric processing before their applications are forwarded to the ministry for screening.

These are among the measures adopted by the ministry to improve the security service industry, which has been beset by allegations of sub-standard service quality and the hiring of illegals as security guards.

Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said a total of 237,000 registered security guards from 772 companies had to attend the Certified Security Guards Training Programme in order for the ministry to continue issuing business licences for the firms.




Because of the large number of guards to be trained within the period, he said, the ministry would rope in the People’s Volunteer Corps (Rela) and Civil Defence Department to conduct the programme under the National Blue Ocean Strategy guidelines.

Priority, he said, would be given to guards to be stationed at schools.
Zahid said it was also mandatory for new company directors to attend a management course conducted by the ministry.

“As a long-term measure, the Security Services Association of Malaysia will establish an integrated training centre that will be supervised by the ministry.

“We also recommend that the association mete out disciplinary measures against errant member companies. This way, the credibility of the industry can be monitored,” said Zahid, acknowledging the importance of the industry in assisting police in combating crime.

Other than Nepalis, only Malaysians are permitted to be employed as security guards.
“Guards from Nepal who have had military or police training must obtain accreditation from their country before being employed here. However, they have to attend a four-day refresher course every year,” said Zahid at the graduation of the pioneer batch of 602 guards from 170 companies at the Police Training College here yesterday.



He said the programme was initiated in response to negative issues that arose involving the security service industry.

“Among them are the sub-standard quality of service, untrained guards, hiring of illegals who used fake identity cards and the illegal possession of firearms. This centralised, organised and certified programme acts as a vetting procedure to ensure only legally and qualified applicants are hired.”


Thanks,

Intan,
Menara Condong

Sunday, 22 June 2014

Salam Ramadhan Jadual Waktu Berbuka Puasa

Salam,

Sempena Ramadhan yang bakal kita lalui, Intan nk ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam diseluruh dunia. 
 
Di sini juga Intan ada maklumat untuk di kongsi, Jadual Imsak dan Berbuka Puasa bagi tahun 1435H/2014M bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya serta Daerah-daerah di Negeri Selangor untuk rujukan dan makluman rakyat disekitar daerah Selangor.

Jadual berkenaan juga boleh dilayari di laman sesawang JAKIM : www.islam.gov.my : http://apps.islam.gov.my/efalak/takwim-fenomena.







Akhir kalam dari Intan, diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga kita sama-sama beroleh keberkatan dari Allah S.W.T.

Sekian,

Intan
Menara Condong
 

Thursday, 19 June 2014

7 Fakta Jihad Syria

Salam,

Intan mengikuti perkembangan setelah berbual dengan rakan yang marahkan kerajaan Malaysia yang telah menghalang perbuatan Jihad ke Syria dan melabelkan mereka sebagai militan. Intan cuba mencari sumber. Pada Intan peperangan tidak akan memberi keamanan kepada sebuah negara. Itulah yang berlaku di Syria, banyak propaganda negative yang tercipta sehinggakan saudara Islam kita berbunuhan disana. 

Apa perlunya berbunuhan?? Sila ikuti satu persatu fakta berkenaan Jihad di Syria. ini adalah pandangan Intan. 
 
Ingat Ikuti SATU PERSATU. FAHAMI APA YANG BERLAKU SEBENARNYA.

7 Fakta Tentang Jihad di Syria

1. Imam Masjid Palestin menolak pandangan bahawa jihad di SyriA. Kenapa Pandangan ini ditolak?? takan Imam tidak bersetuju dengan Jihad? 
 
Sila click:
 
Adakah Jihad Syria satu Pembohongan?? Kenapa ia dikatakan pembohongan atau propaganda? 
 Ia didedahkan oleh Datuk Zulkifli Nordin di blog beliau
 
 Sila click:

2. Fatwa Yusuf Qaradawi tentang jihad di Syria ditolak oleh ramai ulama dan beliau sering menukar fatwa, Adakah beliau sebagai Boneka Amerika untuk mengelirukan Umat Islam? Contoh Isu BABI, dimana beliau menganggap bahan yang mempunyai DNA BABI yang telah ditransformasikan boleh di makan? Intan Tidak Bersetuju dengan pendapat itu. Anda? terpulang jika mahu makan.. eeee..
 
Sila click: 

3. FSA (Free Syrian Army) yang menentang Basyar Assad dilatih oleh Israel Kenapa ia dilatih? Supaya berbunuhan sesama sendiri?
 
Sila click: 

4. FSA juga telah membunuh Ulama besar Islam iaitu Dr Said Ramadhan Al Bouti, Adakah Islam mengalakan pembunuhan sesama saudara?
 
Sila click: 
 
 Kisah ini didedahkan anak beliau. Sebuah buku kisah ulama ini turut ditulis oleh Dr Zulkifli Al Bakri


5. Pada Intan Jika Tidak ada keperluan untuk berjihad di Syria atau menghantar askar apabila fatwa yang dikeluarkan tidak dipersetujui majoriti ulama Islam. Antaranya kerana ia berperang sesama Islam. Antaranya pendakwah popular Syeikh Imran Hosein  
 
 Sila click:

Hanya ulama Wahabi sahaja yang menyokong 
 
Sila click: 

6. Pada Intan Banyak laporan media Barat tidak tepat dan propaganda kerana Syria merupakan sebuah negara yang anti Amerika dan Israel. Propaganda yang dicipta Amerika inilah yang akan menyebabkan Islam berbunuhan sesama sendiri. Ia turut diakui laman Jewish sendiri di sini
 
Sila click: 

 7. Ulama Malaysia khususnya para Mufti Menolak keutamaan berjihad di Syria kerana berpandangan bahawa rakyat Malaysia perlu utamakan negara Malaysia terlebih dahulu dari negara lain. Selain perang di Syria bukan jihad kerana ia melibatkan pertempuran antara dua puak sesama Islam. Sejahterakan umat islam  negara kita dahulu lebih penting pada Intan.
 
Sila click: 


Maka sesiapa pergi berjihad di Syria boleh dianggap tidak memenuhi syarat syahid dan jihad maka mereka perlu berhenti diperdaya dan tidak perlu marah jika digelar militan atau pengganas. Intan rasa kita perlulah bijak dalam berjihad. Jihad ini sesuatu yang mulia. Jangan jadikan alasan Jihad untuk mengebom, menembak dan membunuh. banyak cara untuk berjihad. bukan hanya dengan menjadi pemberontak.

Intan mula setuju dengan penulisan beliau

Sila click: 
 
 
Sekian,
 
Intan 
Menara Condong

Tuesday, 17 June 2014

Teresa KOK semakin kurang Ajar di Malaysia

Salam,

Intan mengikuti Teresa Kok yang semakin mendabik dada dan kurang ajar terhadap negara Malaysia.

Pada pengamatan Intan kerajaan JANGAN LAYAN HUJAH TERESA, HUKUM SAJA.
Ini kerana dia semakin tidak takut akan undang-undang dan tidak menghormati agama Islam mahupun rakyat Malaysia.

1. Teresa Kok masih tidak berpuas hati dengan jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat bahawa tawaran menampar dari NGO Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia kepada Teresa Kok adalah bukan satu bentuk jenayah.

2. Dalam kaedah perundangan yang saya rasa peguam-peguam Pakatan Rakyat juga lebih maklum bahawa sesuatu kes dikategorikan sebagai kes jenayah apabila adanya dua perkara serentak iaitu niat jahat (mens rea) dan perbuatan (actus reus).

3. Tindakan NGO Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia menawarkan ganjaran RM500 - yang kemudian dinaikkan kepada RM1,200 - kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Teresa dan merakamkannya pada peringkat niat jahat (mens rea) sahaja kerana tiada perbuatan dilakukan terhadap Teresa Kok.



Sebenarnya memag Intan berharapan besar yang akan ada orang lempang si Teresa Kok nih baru dia senyap.

4. Pun begitu PDRM sebagai pihak berkecuali sentiasa memantau keselamatan Teresa Kok selepas laporan dibuat oleh Ahli Parlimen Seputeh ini.

5. Teresa Kok berbicara seperti tidak masuk akal di Parlimen semalam  mempersoalkan  “Apakah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan mengarahkan polis supaya bertindak jika ada seseorang mengugut untuk membunuhnya ?



Bingai gak Teresa nih,

6. Pendapat Intan la kan, kalau Teresa Kok penakut dan tidak berani maka jangan sesekali bermulut lancang dan kurang ajar serta membuat isu yang boleh menjejaskan perpaduan dan keselamatan awam di negara kita. Kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai ? Jangan mempertahankan diri dengan mengaitkan isu sekiranya ada ancaman kepada Zahid Hamidi pula !

7. Zahid Hamidi tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau menerbit sebarang video yang boleh menimbulkan isu perkauman kaum majoriti dan minoriti seperti apa yang Teresa Kok lakukan dalam video Tahun Baru Cina “Onederful Malaysia CNY 2014”.

8. Intan puji tindakan Menteri Dalam Negeri kerana mendakwa Teresa di bawah Akta Hasutan dan rakyat juga tidak sabar menunggu Teresa dihukum melalui Akta Hasutan ini.

9. Setiap kebiadapan perlu dibalas dengan hukuman yang setimpal. Pakatan jangan mempertahankan isu ini dengan mengaitkan individu-individu lain demi menutup pekong sendiri.

Mungkin Teresa juga akan mengalami kejadian seperti Karpal suatu hari nanti. Inilah akibatnya bermulut lancang terhadap rakyat Malaysia secara keseluruhanya.

Sekian,

Intan
Menara Condong 

Tuesday, 10 June 2014

KOBODOHAN Penguatkuasa atau Penjawat Awam atau PTD ????



Salam,

Banyak kali Intan dapat maklumat begini. Kadang-kala watssapp. Intan xtahu nk ckp pihak mana yang bebal sgt buat begini. Pekara beginilah yang berlaku apabila timbul Isu DNA BABI dari KKM dan JAKIM.

Apa etika penjawat Awam?? Penguatkuasa? PTD? barisan kepimpinan? 

haduh.. Inilah sikap..

Apa tujuan menyebarkan maklumat dalaman operasi? Rasuah? saja-saja? supaya orang tidak lalu kawasan operasi? so tak banyaklah keje ye?? 



Malu la Intan rasa kalau inilah standard operasi JPJ. Walaupun Intan tak lalu kawasan operasi tersebut tapi malu la pekara ini boleh disebar begitu ja. seolah tidak akan mendapat hasil. 

Intan pernah dengar bahawa data laporan kemalangan jalan raya pernah ditacap supaya kelihatan elok untuk tahun-tahun yang lepas. Zaman itu tak silap Intan Menterinya orang Cina. konon nk lihat keberkesanan semasa bawah penjagaan beliau.

Mungkin inilah sikap yang dibawa oleh warga yang bekerja di agensi yang terlibat. 

huih..

Sekian

Intan
Menara Condong
 


Sebaran Maklumat Palsu semakin Menular

Salam,

Sudah berbulan Intan perhatikan & mendapat penjelasan daripada PDRM sendiri. Syabas PDRM bertindak tangkas menjelaskan isu berkenaan Berlaku sebaran berleluasa dan viral kononnya PDRM ada mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan aktiviti penjualan organ manusia dan perogol bersiri.

Sila hebahkan dan kongsi kenyataan media PDRM di bawah kepada rakan2 serta saudara mara  jika anda menerima whatsapp atau masej sedemikan.

Tolonglah pada Rakyat Malaysia jangan sebarkan apa yang tidak patut kerana ia boleh mengugat keamanan. Jangan wujudkan persepsi buruk pada negara. kenapa anda lakukan. Intan percaya ada segelintir pihak yang melakukan kekecohan ini bagi menunjukan PDRM dan kerajaan lemah.


Kita mungkin tidak nampak unsur atau lihat dengan jelas apa yang sedang dilakukan pengkhianat negara bagi memburukan negara atau merosakan ketenteraman awam di negara Malaysia. 

Percayalah jika kita umat Islam yang benar mengamalkan kehidupan Islam kita akan sedar atas perbuatan yang kita lakukan itu baik untuk negara atau tidak. 

Melindungi negara dari unsur negatif adalah salah satu jihad. 

Melindungi negara adalah salah satu keimanan dalam diri kita. 

Sekian 

Intan
Menara Condong

Sakit & Al-Quran............

Salam,

Intan terbaca suatu Dialog. Sebenarnya Dialog ini penuh makna. ia menunjukan antara kita dan Allah. 
kita sering mengambil perkara ini remeh dan kecil berbanding kejayaan dunia. 

Berikut adalah Perbualan Jururawat dan Pesakit di sebuah Hospital. |         

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"     

Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa." 
       
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"       
 
Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."         

Pesakit: "Wah, apa dia?"   

Abang misi:  →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.

          → Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.

          → Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan          sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.         

          →Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."   
 
Pesakit: "Hm. Apa dia?"         

Abang misi: →"Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

          →Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap  masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...

          →dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah... 

        →Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar  masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."       
 
Pesakit:  "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid...  "   
  
Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.       
  
✔Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?         
✔Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?       

 ◆ Anda yang sihat yang membaca sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ini.

Demikianlah dialog yg Intan peroleh. Kadang-kadang kita lupa akan tangunggjawab kita pada Allah lebih perlu kita langsaikan. 

Akhirnya pada Allah juga kita akan kembali. Intan harap kita bersaudara sering mengingatkan sesama kita. 
Moga kita berjumpa di Syurga hendaknya.

Sekian 

Intan 
Menara Condong

Monday, 9 June 2014

Malaysiakini tukar jadi Menipukini

Salam,

Intan terbaca di akhbar berkenaan tahanan mati di lokap, masa Polis mati bertugas taknak pulak korang perihatin, tapi kalau penjenayah mati je terus menuduh bukan-bukan.

Tersebut adalah yang ditulis dalam Sinar Harian.


POLIS DEDAHKAN LAPORAN MALAYSIAKINI MENIPU KEMATIAN LELAKI INDIA DALAM TAHANAN???

Menabur kebencian " ...itu lah taktik media pembangkang seperti Malaysiakini melaporkan berita supaya rakyat terutama kaum India benci kepada POLIS dan Kerajaan .!!!!!

Malaysiakini lapor lelaki India yang mati itu disyaki menagih dadah tetapi Timbalan OCPD POLIS SPT dedahkan suspek ditahan oleh pengawal keselamatan kilang kerana mencuri besi.

Perbezaan fakta yang jauh menyimpang sekali !!!!

Apakah wartawan Malaysiakini ini kerjanya melaporkan berita atau memutar belitkan fakta?

Jika tidak kerana penjelasan POLIS yang pantas mendedahkan perkara sebenar , sudah tentu ramai yang akan percaya dakwaan di artikel Malaysiakini ini yang mengaitkan kematian pencuri berbangsa India ini ketika dalam tahanan polis .

Kita tunggu apa kata lawyer PR !!

Polis hari ini menyangkal laporan portal berita Malaysiakini bahawa seorang tahanan lokap yang mati ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam semalam, ditangkap kerana disyaki menghisap dadah di dalam kilang tempatnya bekerja di Perai, pada 2 Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supritendan Baharom Abu berkata, sebaliknya, SN Aginraj, 26, bukan bekerja di kilang tersebut dan ditahan oleh pengawal keselamatan serta rakannya kerana mencuri 12 ketul besi di premis itu.Kata beliau, berlaku pergelutan semasa kejadian sehingga mengakibatkan lelaki tersebut mengalami kecederaan.

"Ketika polis sampai, terdapat kecederaan pada tubuh Aginraj. Aginraj bersama rakannya, N. Mohanraj, 31, kemudian direman pada 3 Jun dan keesokannya, Aginraj dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam kerana diserang sawan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Baharom berkata, pada 6 Jun lalu, Aginraj telah dituduh di Hospital Bukit Mertajam ketika masih menerima rawatan dan dia mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan sebelum diikat jamin sebanyak RM8,000.

"Keluarganya memaklumkan mereka akan mengusahakan untuk mencari wang jaminan dan pada pagi semalam, polis mendapat panggilan bahawa Aginraj telah meninggal dunia di hospital pada pukul 7.05 petang," katanya.

Terdahulu, dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT, Baharom mengesahkan bahawa hasil bedah siasat yang dijalankan Pakar Patologi Hospital Pulau Pinang yang diketuai Datuk Dr. Bhupinder Singh mendapati kematian Aginraj berpunca daripada Hypocix Elcephalopathy Following Epileptic Fits atau sawan yang menyebabkan kesukaran bernafas.


Intan kecewa dengan sikap penulis yang tidak perihatin dengan etika setiap pekara sensitive di berkaitan Negara bangsa dan agama.


Sekian.


Intan
Menara Condong

Monday, 2 June 2014

Kita Kena Ingat Bukan Makanan ada BABI Sahaja yang Tidak Halal

Salam, 

Intan nk kongsi la, kita jangan hanya lihat makanan yang ada babi tu sahaja yang halal. Tapi kita kena lihat makanan yang tidak ada babi tapi tetap haram bila dimakan.

Mari kita......... 


Mari fikir-fikirkan.

"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya.

Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.

Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.

Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri".

Wallahua'lam

Sekian

Intan
Menara Condong

Jamil Khir akan makan CADBURY untuk buktikan Halal..






 Benarkah Jamil Khir akan makan cokelat Cadbury bagi membuktikan status Halal cokelat itu??



KUALA LUMPUR: Bagi membuktikan status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap coklat Cadbury benar-benar meyakinkan, pegawai jabatan itu sedia pada bila-bila masa untuk membuat demonstrasi memakan coklat tersebut.

Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal.

Mohd Amri berkata, proses memberikan status halal kepada sesuatu produk dibuat setelah prosedur dan standard yang ditetapkan ditepati.

"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

"Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.

"Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan," katanya ketika kepada Astro AWANI menerusi AWANI745 malam tadi.

Mohd Amri berkata keputusan yang dibuat oleh Jakim terhadap coklat Cadbury itu adalah sama dengan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia.

Katanya, ini bermakna JAKIM membuat keputusan berdasarkan apa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kimia dan prosedur lain yang perlu dipatuhi.

"Untuk keputusan pensijilan halal ini, pihak JAKIM hanya menggunakan makmal jabatan kimia yang dibenarkan sahaja.

"Standard dan prosedur yang JAKIM gunakan untuk memberikan pensijilan halal ini adalah sama dengan apa yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Beliau juga menafikan keputusan yang dibuat JAKIM pada Isnin merupakan satu tindakan membuat pusingan U sepertimana yang didakwa sesetengah pihak.

Selain itu Mohd Amri masyarakat juga perlu faham bahawa semua perkara berkaitan pensijilan halal perlu dirujuk kepada JAKIM iaitu pihak yang diberi kuasa dalam bidang itu.

"JAKIM diibaratkan sebagai imam, pengguna adalah sebagai makmum, perlu mengikut apa yang ditentukan JAKIM dalam soal halal atau haram ini."

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA babi (porcine) bagi tujuan pemantauan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin bagaimanapun mengumumkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury berkenaan. Pengumuman dibuat selepas ujian dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas sampel yang diambil dari kilang.

Namun pengumuman yang dibuat oleh Jamil Khir itu masih menimbulkan was-was di kalangan pengguna berkenaan status coklat Cadbury.

Sekian 
Intan
Menara Condong

Pulaukan Makanan yang dibuat Bukan Orang Islam #bersatu

Salam.

Intan sekadar berkongsi pandangan tentang masalah melibatkan pensijilan halal oleh JAKIM. Ramai complaint nak certify pun ambil masa panjang.

1. JAKIM perlu lihat detail every single ingredient yg ada dlm food. 
2. Infrastructure & facilities yg terhad menjadi impediment kepada JAKIM.

JAKIM dah buat detail pun masih timbul masalah..eg isu DNA Babi dlm Cadbury 

Isu inspection bagi syarikat yang dah ada sijil halal.

Main problem, x cukup staff nak inspect..

Cuba bayangkan ada berapa banyak produk makanan kat msia yg JAKIM kena inspect?

Kita anggarkan 1 product x 12 kali inspections.. ?
Rasanya JAKIM x mampu buat..
Bila tak mampu buat inspection dengan kerap, apa jadi? Syarikat yang x beintergriti terutama pengusaha makanan bukan Islam ambil kesempatan. Masa nak dapat pensijilan, semua halal..
Lepas dpt pensijilan, diorang buat ikut suka hati.

Mungkin ini antara sebab mengapa timbul dakwaan DNA Babi  dlm coklat Cadbury walaupun dah certified halal by jakim.

Nak menangani masalah ini adakah kita expect JAKIM duduk 24 jam di kilang Cadbury untuk pastikan tiada Babi masuk dalam bancuhan coklat mereka? Mustahil kan! 
Ini semua alasan..

 

Intan nak semua umat islam di Malaysia faham Ini adalah tanggungjawab kita sbg orang Islam. Bukan hanya Jakim. Intan harap semua dah mula mengorak langkah atas asas tanggungjawab fardhu ain bagi semua orang Islam untuk memastikan makanan yang dimakan mesti halal dan toyyiba.

 

Dah sampai masa untuk kita pulaukan produk bukan Islam dan membeli hanya produk org Islam, (kecuali yg mmg tiada langsung produk yg dikeluarkan oleh org Islam) dan dengan syarat kalau nak beli pun pastikan ada logo halal sah JAKIM.

 

Intan hanya cuba mencetuskan idea ini dan harap ramai orang islam yg boleh ikut pendekatan ni.

 

Intan lihat kita dah ada banyak pengeluar makanan Islam seperti adabi, faiza, pertima, agromas, fama, alif, rempah Mak Siti, Radix, halal gel, ubat gigi Muslim, siwak, ramly, saji felda, Brahim, gardenia, dll produk Islam.

 

let'us go for that products. Dah xde pilihan, baru beli produk bukan Islam. Intan tahu harga produk orang Islam mahal sikit nak banding yang bukan Islam.

 

Tapi Intan rasa inilah jihad kita yang inshallah kalau kita Ikhlas, Allah akan memberkati hidup kita dan terpelihara diri kita dari perkara yg haram dan syubhah.

 

Kalau semua ambil pendekatan ni. Inshaallah mereka akan produce lebih banyak barang dan ini akan bantu mereka turunkan production cost, mengikut perkiraan Intan.

 

Intan perhati memang ada beza produk orang Islam yang ada sijil halal jakim dengan bukan Islam yang ada sijil halal Jakim.

 

Bezanya ialah ketaqwaan. Orang Islam berniaga sebab Asas fardhu kifayah untuk menyediakan makanan yang benar2 halal dan toyyiba bagi semua orang dan orang Islam+Sunnah Nabi+ untung melalui perniagaan + ibadah + takut pada Allah ( terutama nak campur benda tak halal sbb ingat ada alam akhirat)

 

Orang Islam dapatkan sijil halal sebab atas Asas fardhu kifayah dan "menghayati konsep halalan toyyiba" yang ada dlm quran.

 

Orang bukan Islam dapatkan sijil halal sebab nak dapat duit lebih+ lebih kaya bila dapat masuk market orang Islam + monopoly bussines makanan orang islam yang dulu hanya orang Islam yang monopoli.

 

Sijil halal yang mereka dapat hanya untuk dapatkan "confidence org Islam".  Bila mereka tengok orang Islam dah selesa dengan produk mereka. Mereka kembali kepada sikap kufur mereka.

 

Mereka x peduli isu Kandungan atas sebab xde rasa tanggungjawab bagi memastikan Kandungan halal terus terpelihara atau mungkin mereka memang purposely masukkan Kandungan haram tu untuk merosakkan diri org Islam.

 

Jadi Intan rasa kita semua ada tanggungjawab "fardhu Ain" untuk memastikan continuity / kesinambungan produk Islam dan menyokong mereka supaya mereka boleh bersaing dengan produk bukan Islam.

 

Orang Islam kena berkerjasama.

 

Bila kita pulaukan jenama bukan Islam, sales org bukan Islam akan drop. Ini yg paling mereka takut sebab mereka takut rugi. Syurga mereka hanya didunia.

 

Kita kena tunjukkan bahawa orang Islam tidak percaya dengan kejujuran orang bukan Islam dalam menjamin produk halal.

 

Dengan cara ini kita dapat memberi tamparan dan tekanan kepada mereka agar tidak bermain2, menganjing atau meremehkan dengan isu halal bagi setiap makanan yang mereka produce.

 

Pada Intan, tidak Adil untuk kita salahkan Jakim. Mereka dah usaha dengan segala kudrat yang ada. Kita bercakap di luar memang senang. Kita hanya tahu menunding jari sahaja tapi apa sumbangan kita untuk umat Islam di Malaysia? 

 

Tapi mereka yang tanggung semua ni dan duduk di situ sebenarnya lebih memahami apa yang berlaku. Intan tidak pernah keja JAKIM dan tak terlibat degan kerja ini.

 

Tapi Intan sering berfikir sebagai umat Islam kita bersaudara dan wajib untuk melindungi saudara kita yang kerja di jakim dan cuba memahami masalah ni Secara lebih rasional.

 

Intan yakin Yg perlu kita beri tekanan ialah orang bukan Islam yg mengkhianati kepercayaan orang Islam yang dah beri pensijilan halal kepada mereka.

 

Pada Intan, kita  xde duit nak bantu JAKIM. Jadi ini saja yang Intan mampu untuk bantu JAKIM dengan berkongsi idea, pandangan dan maklumat dengan semua saudara seislam kita.

 

Moga ia memberi manfaat kepada kita semua dalam meningkatkan lagi syiar Islam. Wallahua'lam

 

Kita sebagai Umat Islam tidak perlu bagi peluang supaya mereka yang bukan Islam mempermainkan isu halal dalam makanan.

 

Intan rasa jika ini berlaku, ia akan memberi tamparan yang hebat kepada orang bukan Islam yang terlibat dengan industri makanan. Marilah kita bertukar kepada jenama orang Islam.

 

Sekian

Intan

Menara Condong