Tuesday, 17 June 2014

Teresa KOK semakin kurang Ajar di Malaysia

Salam,

Intan mengikuti Teresa Kok yang semakin mendabik dada dan kurang ajar terhadap negara Malaysia.

Pada pengamatan Intan kerajaan JANGAN LAYAN HUJAH TERESA, HUKUM SAJA.
Ini kerana dia semakin tidak takut akan undang-undang dan tidak menghormati agama Islam mahupun rakyat Malaysia.

1. Teresa Kok masih tidak berpuas hati dengan jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat bahawa tawaran menampar dari NGO Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia kepada Teresa Kok adalah bukan satu bentuk jenayah.

2. Dalam kaedah perundangan yang saya rasa peguam-peguam Pakatan Rakyat juga lebih maklum bahawa sesuatu kes dikategorikan sebagai kes jenayah apabila adanya dua perkara serentak iaitu niat jahat (mens rea) dan perbuatan (actus reus).

3. Tindakan NGO Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia menawarkan ganjaran RM500 - yang kemudian dinaikkan kepada RM1,200 - kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Teresa dan merakamkannya pada peringkat niat jahat (mens rea) sahaja kerana tiada perbuatan dilakukan terhadap Teresa Kok.



Sebenarnya memag Intan berharapan besar yang akan ada orang lempang si Teresa Kok nih baru dia senyap.

4. Pun begitu PDRM sebagai pihak berkecuali sentiasa memantau keselamatan Teresa Kok selepas laporan dibuat oleh Ahli Parlimen Seputeh ini.

5. Teresa Kok berbicara seperti tidak masuk akal di Parlimen semalam  mempersoalkan  “Apakah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan mengarahkan polis supaya bertindak jika ada seseorang mengugut untuk membunuhnya ?



Bingai gak Teresa nih,

6. Pendapat Intan la kan, kalau Teresa Kok penakut dan tidak berani maka jangan sesekali bermulut lancang dan kurang ajar serta membuat isu yang boleh menjejaskan perpaduan dan keselamatan awam di negara kita. Kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai ? Jangan mempertahankan diri dengan mengaitkan isu sekiranya ada ancaman kepada Zahid Hamidi pula !

7. Zahid Hamidi tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau menerbit sebarang video yang boleh menimbulkan isu perkauman kaum majoriti dan minoriti seperti apa yang Teresa Kok lakukan dalam video Tahun Baru Cina “Onederful Malaysia CNY 2014”.

8. Intan puji tindakan Menteri Dalam Negeri kerana mendakwa Teresa di bawah Akta Hasutan dan rakyat juga tidak sabar menunggu Teresa dihukum melalui Akta Hasutan ini.

9. Setiap kebiadapan perlu dibalas dengan hukuman yang setimpal. Pakatan jangan mempertahankan isu ini dengan mengaitkan individu-individu lain demi menutup pekong sendiri.

Mungkin Teresa juga akan mengalami kejadian seperti Karpal suatu hari nanti. Inilah akibatnya bermulut lancang terhadap rakyat Malaysia secara keseluruhanya.

Sekian,

Intan
Menara Condong 

No comments:

Post a Comment