Tuesday, 10 June 2014

Sebaran Maklumat Palsu semakin Menular

Salam,

Sudah berbulan Intan perhatikan & mendapat penjelasan daripada PDRM sendiri. Syabas PDRM bertindak tangkas menjelaskan isu berkenaan Berlaku sebaran berleluasa dan viral kononnya PDRM ada mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan aktiviti penjualan organ manusia dan perogol bersiri.

Sila hebahkan dan kongsi kenyataan media PDRM di bawah kepada rakan2 serta saudara mara  jika anda menerima whatsapp atau masej sedemikan.

Tolonglah pada Rakyat Malaysia jangan sebarkan apa yang tidak patut kerana ia boleh mengugat keamanan. Jangan wujudkan persepsi buruk pada negara. kenapa anda lakukan. Intan percaya ada segelintir pihak yang melakukan kekecohan ini bagi menunjukan PDRM dan kerajaan lemah.


Kita mungkin tidak nampak unsur atau lihat dengan jelas apa yang sedang dilakukan pengkhianat negara bagi memburukan negara atau merosakan ketenteraman awam di negara Malaysia. 

Percayalah jika kita umat Islam yang benar mengamalkan kehidupan Islam kita akan sedar atas perbuatan yang kita lakukan itu baik untuk negara atau tidak. 

Melindungi negara dari unsur negatif adalah salah satu jihad. 

Melindungi negara adalah salah satu keimanan dalam diri kita. 

Sekian 

Intan
Menara Condong

No comments:

Post a Comment