Salam,
Ramadhan adalah hari yang mulia.
Mari kita sama-sama bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kita masih diberi peluang bernafas hingga sekarang. Yang pasti akan datang pun kita juga akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini.
Intan mendapat berita yang menghayat hati semalam. Ramadhan ke 2.
Intan di maklumkan, ada kes kematian di Tapak Bazaar Ramadhan ptg (30 Jun 2014).
Jenazah:
- Muhammad Kamal bin Salleh Hodin
- 34thn
- bertugas di Kem. Sumber Asli & Alam Sekitar
- asal: Kluang, Johor.
Kronologi:
- Waktu kejadian: 5.45pm
- Lokasi: Tapak Bazaar Ramadhan Presint 3.
- mangsa dikatakan memanjat cerun utk ke bazaar dan melompat longkang. Tetapi lompatan beliau gagal dan terhantuk di tebing longkang.
- pihak polis mengesahkan beliau mati di tempat kejadian .
- status kes: di ambil alih oleh PDRM utk siasatan lanjut.
Gambar lokasi sebenar.
Intan tidak mahu meletakan gambar yang menampakan wajah bagi menghormati arwah. Intan lihat kita sebagai seorang muslim perlulah akur bahawa kematian adalah perkara yang paling hampir dengan kita.
Kita sebagai umat islam perlulah bersedia, sedangkan sekecil nyamuk pun boleh ditakdirkan sebagai pennyebab kematian. Benarlah kata orang pantang maut sebelum Ajal.
Intan mintak sangat kita sebgaia umat islam dimatikan dalam kalimah Laillahaillallah...
Kita yang masih diberi peluang bernafas ini perlulah tingkatkan ibadah & keimanan terutamanya di bulan mulia ini.Sama-sama kita mengambil ikhtibar dan perbanyakan ibadat kerana kita tidak akan tahu bila Ajal kita. Intan sebak dan terpangil untuk berasa insaf bila mengetahui kejadian yang berlaku di Bazar Ramadhan itu.
Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada Arwah.
Al-Fatihah...
Sekian,
Intan
Menara Condong

No comments:
Post a Comment