Monday, 28 April 2014

#MH370 - MUSTAHIL HILANG BEGITU SAHAJA

Salam dari Menara Condong..

Sebenarnya Intan nak tambah.. tapi Intan rasa ini semua boleh dikatakan banyak membantu.

[Artikel asal dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam blog rasmi Tun Dr Mahathir - chedet semalam dan hari ini telah disekat kerana mungkin terlalu lantang dan bercakap benar mengenai apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines yang hilang - MH370]

MH 370

1. Saya berasa kecewa apabila pekerja MAS dikepung di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370 yang hilang. Saya juga terkilan kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat ini adalah disebabkan oleh pembuat pesawat Boeing itu sendiri.

2. Mengapakah Boeing mereka pesawat yang begitu lemah dan mudah dilumpuhkan? Dalam keadaan yang sepatutnya, kru pesawat termasuk juruterbang, pembantu juruterbang boleh berhubung dengan KLIA. Walaupun ada kemungkinan juruterbang tidak mahu menghubungi KLIA, tetapi pembantu juruterbang sudah tentu sekali ada keazaman untuk memaklumkan stesyen operasi di darat sekiranya pesawat tidak terbang mengikuti jalan udara yang sepatutnya.

3. Jika sekiranya penumpang tidak perasan apa-apa yang di luar kebiasaan sekali pun, sudah tentu kru kabin, dan pembantu juruterbang dapat mengesannya. Mereka semua amat terlatih untuk berhadapan dengan kes-kes kecemasan.. jika tidak serta merta sekalipun.. setidak-tidaknya kemudian.

4. Tetapi apa yang berlaku, nampaknya tiada sesiapa pun di dalam kabin yang mencuba (maklumkan keanehan/keganjilan yang berlaku). Andainya juruterbang yang dengan sengaja mematikan system keselamatan, sudah tentu ia memerlukan sedikit masa dan usaha. Pembantu juruterbang pula sudah pasti perasan kelakuan aneh juruterbang dan setidak-tidaknya berbuat sesuatu untuk menghalang. Adakah pembantu juruterbang telah turut ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa?), Adakah kesemua kru pesawat juga telah ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa juga)?

5. Kesemua pesawat penumpang sepatutnya boleh dikesan, walaupun menggunakan teknologi biasa seperti telefon bimbit. Saya boleh lakukannya melalui telefon. Jika ia mendarat, saya boleh lihat status pendaratannya. Saya juga boleh memperoleh maklumat mengenai mana-mana pesawat di mana jua – siapa pembuatnya, model apa, kepunyaan siapa.. ke mana dan dari mana ia terbang dan destinasinya.

6. Saya yakin dan percaya terdapat peralatan di dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan – mungkin GPS.

7. Peralatan kamera canggih yang terpasang pada satelit-risikan (di angkasa) yang dikendali oleh beberapa buah kuasa besar dunia sebenarnya mampu mengambil gambar manusia (di atas muka bumi) dan sekaligus mengenalpasti identity manusia terbabit. Sudah semestinya kamera seperti ini lebih daripada mampu untuk mengesan objek sebesar 63 meter (pesawat Boeing)

8. Kali ini, pesawat MH370 telah hilang secara mutlak. Saya jangkakan di dalam telefon bimbit semua orang, ia juga telah hilang. Peralatan keselamatan di atas pesawat telah dimatikan. Malah, sistem keselamatan lapisan kedua dan ketiga (back-up) juga telah dilumpuhkan.

9. Pesawat MH370 ini dibina oleh Boeing. Oleh itu, Boeing patut menjelaskan bagaimanakah segala sistem keselamatan dan pengesan pesawat canggih ini boleh dimatikan, dalam erti kata lain.. gagal. Ini menjurus kepada rumusan samada teknologi Boeing sangat teruk, atau ia tidak selamat. Saya tidak akan terbang menaiki pesawat Boeing , sekiranya Boeing tidak mampu menjelaskan isu terbabit.

10. Sistem penerbangan kawalan jauh (drone) sekarang amat maju dan berkuasa. Apakah benar Boeing telah memasang sistem kawalan jauh ke atas pesawatnya bagi mengelak aktiviti rampasan dan keganasan? Jika benar.. maka kenapa ia tidak dikawal bagi membolehkan MH370 mendarat dengan selamat? Adakah tidak mustahil bagi pihak ke-tiga (selain Boeing dan MAS) mengambilalih kapal terbang dan mengawalnya dari jauh?

11. Apabila pesawat terhempas.. biarpun di atas tanah, mahupun di laut.. sudah pati ada bangkai pesawat ataupun tompokan minya. Sehingga tarikh ini, tiada satu pun yang menjadi bukti terhempasnya pesawat. Persoalannya, bolehkah pesawat terhempas/tenggelam dengan begitu sempurna sehinga tiada kesan apa sekali pun?

12. Bolehkah kita percaya pesawat ini (MH370) jatuh dengan begitu tenang sekali di dalam lautan ganas (Laut Hindi) dan tenggelam dengan begitu mudah ke dalam lautan? (tanpa meninggalkan sebarang petunjuk)

13. Sudah menjadi amalan kebiasaan, apabila pesawat terhempas, sepasukan pakar akan tiba ke lokasi dengan segera untuk mencari punca terhempasnya peawat. Boeing dan pihak berkuasa SEPATUTNYA berusaha mencari kapal terbang tersebut. TETAPI Boeing langsung tidak menunjukkan minat mencari, dan sebenarnya seperti langsung tidak menolong proses pencarian.

14. Syarikat penerbangan nasional MAS telah mengendalikan pelbagai pesawat dan ada rekod yang cemerlang. Juruterbang MAS juga amat terlatih. Jika sekiranya juruterbang ingin membunuh diri sekalipun, sudah tentu pembantu juruterbang dan kru kabin tidak akan membenarkannya berbuat demikian (demi keselamatan penumpang). Tetapi kali ini, ada kemungkinan kesemua kru penerbangan sudah ‘dilumpuhkan’ sama sekali (melalui cara yang tidak kita ketahui)

15. Boeing perlu menjawab kesemua persoalan ini. Boeing mesti membuktikan kesemua kemungkinan mengapa sistem komunikasi boleh dimatikan. Boeing patut menanggung tanggungjawab kerana membina sebuah pesawat yang boleh tiba-tiba hilang begitu sahaja secara total di tengah-tengah udara.

16. MAS tidak bersalah. MAS terlah menerbangkan pesawat untuk menjalankan tugas. Tetapi pesawat Boeing tersebut telah bekelakuan luar dari kebiasaan. SIapa yang harus bertanggungjawab? Sudah tentu bukan MAS, tapi pastinya pembuat kapal terbang tersebut.. iaitu Boeing Aircraft Corporation

KREDIT: Fanpage Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad
 
sEKIAN.
 Intan
Menara Condong

Wednesday, 23 April 2014

Amereka Takut Pada Bayang sendiri

Salam dari Menara Condong

Intan terbaca MStar Online, tajuknya Obama. Bila diperhatikan Presiden Amereka ni takla hebat pon menurut cerita yang Intan baca. sebab apa? sebab terlampau ramai dan banyak peralatan keselamatan canggih yang perlu dibawa krew Obama bagi melindunginya. hihihi

Tergelak jugak Intan kat Obama. Bukan nak kutuk, dia seorang yang di kenali bukan diancam pon. Sesiapa yang menjadi pemimpin memang diancam itulah risikonya, cuma berani dengan tidak jela. Tapi sebenarnya banyak agenda yang Amereka telah lakukan di seluruh dunia dan secara tidak langsung mereka takut pada bayang mereka sendiri. 

Negara Besar, Nampak Hebat, kalau datang Malaysia ni la.. nak buat apa takut sangat?? kami ni semua baik-baik. xadenye nak pergi rampas kapal terbang kome. Kereta kebal Kome pon kami tak nak rampas.  

tak payahla takut bangat dong... negara Amereka cangih mangih pon nak takot.
 
 Malaysia ni negara demokrasi

 
Intan ada letak apa yang MStar tulis, bermacam-macam aset cangih-mangih tebal-kebal diusung oleh krew Obama untuk menjaga keselamatan. Itu belum beratus orang yang datang buat risikan di Malaysia lagi hihihi.. kalau lah Intan boleh jumpa Obama Intan nk cakap  " OBAMA you are so funny" hihihi "klakala awak ni OBama" apa yang nak ditakutkan sangat.

Kenapa sampai begitu sekali?? pada Intanla nampak sangat Amereka ni takut pada bayang Amereka sendiri.  Amereka lah pencipta jenayah dunia dan Amereka pula takut jenayah itu kembali pada si penciptanya.

Dari filem-filem yang mereka cipta, mereka atur serta menghasilkan kod-kod rahsia dan melambangkan sesuatu bagi menyuntik perkara keji, benci, jenayah dalam minda masyarakat dunia. Kemudian hari ini mereka pula takut dengan hasil yang mereka cipta melalui propaganda-propaganda untuk menguasai dunia dan memusnahkan umat Islam sejagat.

Kemudian Amereka hadir kononya hero.

Kenapa Amereka nak takut dengan apa yang dicipta? ini semua dunia...

Kesian Amereka.. hihi

Yang ni pulak takleh blah bila Obama taknak jumpa Anwar hihi. Amereka & Anwar
 http://www.youtube.com/watch?v=GgBi71HKfC8

Anwar nak jumpa Obama mungkinkah ini sebabnya?

Obama pula taknak jumpa Anwar, mungkinkah takotkan ini.

Apa agenda Amereka & Anwar? konon tak mahu jumpa.

Sekian

Intan 
Menara Condong

Rujuk
 
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/04/23/lawatan-obama/
KUALA LUMPUR: Bersedialah dengan kawalan keselamatan peringkat tertinggi menjelang ketibaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama di ibu negara pada Sabtu ini.
Menjadi tradisi apabila pemimpin tertinggi AS itu berada di luar negara, tahap keselamatan sama ada di jalan raya mahupun ruang udara sering dititik-beratkan.
Selain kehadiran polis, beberapa jalan utama di ibu negara akan ditutup dengan 'zon larangan terbang' dikuatkuasakan menjelang ketibaan Obama di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, petang Sabtu.

Setiap orang mengunci mulut mengenai setiap pergerakan Obama di sini.

Seorang pegawai Kedutaan AS memberikan respons dengan berkata: 'Untuk memberitahu anda, saya perlu membunuh anda."
Perkhidmatan Rahsia AS telah berada di negara ini sejak beberapa bulan lalu, bagi 'melindungi' laluan, hotel dan lokasi yang akan ditujui Obama.
Pesawat kargo tentera AS telah mula menghantar peralatan logistik untuk lawatan Obama termasuk kenderaan sokongan dan trak sarat dengan kepingan kaca kalis peluru untuk melindungi cermin hotel yang menempatkan presiden itu.

Lawatan Obama ke Malaysia merupakan yang pertama dilakukan Presiden AS dalam tempoh 48 tahun lalu selepas kunjungan terakhir oleh Lyndon B. Jonhson pada 1966.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan langkah keselamatan di ruang utama akan diperketatkan.

Beliau berkata, jabatan itu sudah berada dalam keadaan sedia.
"Saya tidak boleh beritahu anda lebih banyak mengenainya kerana ia akan melanggar etika," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh  berkata, polis sudah bersedia sepenuhnya dalam aspek keselamatan.

"Kami mempunyai pasukan yang mencukupi dan akan bekerjasama dengan agensi lain bagi memastikan segalanya berjalan lancar," katanya.

Presiden AS ke-44 itu akan dibawa menggunakan kereta berperisai, Cadillac One yang dilengkapi dengan semua ciri-ciri keselamatan.


Tuesday, 22 April 2014

EMAS DUNIA

Salam perkongsian dari Menara Condong

Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.




Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Jika dibandingkan dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam raksa ("merkuri") dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda.

Emas adalah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009. Ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia adalah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri.


Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadap pengakisan dan konduktor elektrik yang sangat bagus.


Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki². Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.


Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.

Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10% perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.

Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi besi berwarna hijau, dan aloi aluminum berwarna ungu. Barang kemas yang dibuat dengan kombinasi emas yang berwarna dijual di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai emas Black Hills.

 http://ms.wikipedia.org/wiki/Emas

Sekian,
Intan
Menara Condong

Persepsi Negatif Dalam Masyarakat

Salam dari Teluk Intan...

Hari ini Intan duduk disawah belakang rumah. Melihat kehijauan yang terbentang luas dapat menenangkan hati dan minda kita rupanya berbanding baring didalam rumah sambil menonton Astro. Apa yang Intan terfikir untuk tulis hari ini adalah berkaitan persepsi. 

Intan tenang duduk melihat bendang sambil-sambil boleh merehatkan mata. Bila Intan on tv dalam rumah lagi-lagi Astro, rancangan ganas, tembak, bunuh, lawak, hiburan dll itulah yang banyak. mungkin masyarakat hari ini sudah terserap nilan-nilai yang ada didalam tv. Kanak-kanak lebih percayakan rancangan tv. Akal mereka sama seperti imiginasi didalam tv. 

Pada Intan 100% nilai yang ada dalam rancangan tv itu adalah 80% negatif, yang akan diterima akal masyarakat lebih-lebih lagi akal kanak-kanak yang baru membesar. Anda rasa rancangan tv lebih membantu kehidupan anda secara positif atau negataif? Yaa... ada juga yang cakap pilihlah rancangan yang baik dan positif sahaja. Berapa % kita terdong untuk hanya menonton rancangan yang positif sahaja? 

Sebagai contoh, berapa ramaikah yang memang memilih dan akan tonton rancangan sebegini? kanak-kanak? dewasa? para ilmuan? isteri-isteri? orang gaji? 

Kebarangkalianya sangat rendah berbanding rancangan ganas-ganas, aksi mencabar, hiburan, dan lain-lain. Adakah anda nak menafikanya? Lihat di rumah anda. adakah ia berlaku. 


 Jika rancangan yang begini mesti ramai yang menonton. Inilah yang 100% akan terserap dalam minda masyarakat kita. Tapi persoalanya kenapa rancangan ilmiah tidak ditayangkan pada waktu yang ramai orang menonton tv. 

Hanya yang seksi, lawak, ganas, dsb yang ditayang pada waktu-waktu kemuncak. secara tidak langsung lebih banyak persepsi negatif  yang terserap dalam masyarakat. Kenapa rancangan sebegini yang kerap ditayangkan?? untuk mencambah persepsi negatif dalam masyarakat? 

Lihat anak anda bagai mana persepsi negatif mereka terbina melalui rancangan tv. Intan tidak fikir anak anda bijak memilih yang mana positif dan yang mana negatif. Kanak-kanak hanya akan terima apa yang dia rasakan seronok sahaja. Setelah semua diserap, apa yang negatif pun akan dianggap boleh dilakukan akan datang. 

Persoalanya adakah perkara negatif patut dipertontonkan, atau tidak? kepada siapa sahaja ia patot dipertontonkan?

Perkara ini memang nampak macam kecil. Tapi inilah yang berlaku dalam masyarakat yang semakin hilang nilai murni akibat pengaruh rancangan tv secara langsung ataupun tidak langsung. Intan tidak cakap rancangan tv semuanya tak betul. Tapi melalui rancangan tv la negara-negara asing menyerapkan persepsi negatif pada masyarakat secara langsung dan menyebabkan kita yang kaya budi bahasa hilang nilai murni bangsa serta-merta.

Sekian.
Intan
Menara Condong

Sunday, 13 April 2014

Tiada Maaf Buat Pengkhianat Negara.

Salam dari menara condong..

  Intan baca artikel Awang dalam Utusan, jelas kata Awang bagi yang mengkhianati negara tidak patut diberi muka ataupun peluang. Bagi Intan pula golongan ini harus ditembak sejurus mereka menandatangani borang melucutkan warganegara sebelum sempat meminta maaf atau memohon semula warganegara. Biar pupus golongan derhaka sebegini di bumi tercinta Malaysia. Geramnya Intan.... 

   Jangan ingat mereka ini diberi Pass Resident bermakna Negara Malaysia sudah memaafkan tindakan mereka memalukan negara.


Jom rujuk apa pandangan Awang pula.

Patriotisme 

Awang lega dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi kelmarin berhubung isu pemegang pasport Taraf Kewarganegaraan Luar Negara British (BOC). 

Penjelasan beliau meredakan keresahan banyak pihak. Sebelum ini tercetus kebimbangan kerajaan telah memberi taraf kewarganegaraan secara automatik kepada pemegang BOC atau bekas rakyat termasuk mereka yang menunjukkan kebencian dengan mengoyakkan pasport Malaysia.

Zahid menafikan beliau pernah mengeluarkan surat kelulusan kewarganegaraan kepada 1,000 warganegara yang sudah melepaskan kerakyatan terutama di United Kingdom sebagaimana didakwa Ahli Parlimen Tanjung (DAP), Ng Wei Aik. 

Mesej beliau, tiada maaf kepada mereka. Ini bermakna pemegang pasport BOC tidak akan mendapat layanan istimewa. Tiada kewarganegaraan automatik. Mereka perlu memohon semula, perlu menunggu selama 17 tahun selain mesti lulus ujian kemahiran bahasa Melayu sebelum ditimbang mendapatkan semula taraf kewarganegaraan. 

Awang berharap kerajaan tidak berlembut walaupun menghadapi tekanan agar menerima kembali kelompok yang statusnya tidak bernegara atau stateless ini. Hakikatnya, pemegang BOC daripada awal lagi tidak mahu menjadi rakyat Malaysia dan mengaku sebagai rakyat United Kingdom. 

Perlu ada perasaan jijik kepada mana-mana individu yang pernah mengoyakkan pasport negara ini. Tidak kira sama ada Melayu, Cina, India atau etnik lain. Patriotisme dan kesetiaan kepada tanah air tiada galang ganti. Golongan tersebut perlu diberi mesej yang jelas dan betul. Jika tidak, lebih ramai akan bertindak serupa pada masa akan datang. 

Awang tidak hairan dengan keghairahan segelintir rakyat mahu berhijrah. Warganegara yang mahu pergi cara baik, wajar dihormati keputusan mereka. Tetapi yang menghina Malaysia menerusi kenyataan atau tindakan termasuk mengoyakkan pasport, memang patut berambus. Bayang dan bau mereka pun tidak patut ada di sini. 

Malaysia, yang aman, makmur dan indah ini tidak akan sedikit pun rugi tanpa golongan itu. Malah berjuta rakyat asing lebih tahu menghargai Malaysia sama ada golongan ekspatriat, profesional mahupun pekerja bawahan. Ramai yang sanggup mati untuk meredah lautan dan menyeludup masuk untuk mencari rezeki. Betapa ramai yang kemudiannya enggan pulang kerana istimewanya Malaysia. 

Jumlah profesional yang mohon menjadi rakyat Malaysia meningkat setiap tahun. Tanah air ini menjanjikan nikmat kepada semua. Daripada kaum minoriti yang boleh menguasai ekonomi dan kekayaan hinggalah kepada pekerja asing yang mudah berjaya asalkan gigih dan tahu bersyukur. Maka seorang pergi, 1,000 mari.

Sekian.
 
Intan
Menara Condong

Pengkhianat Negara Bakal Menyusahkan Rakyat Malaysia

    Salam dari menara condong...

   Intan rasa bertuah sebab kebetulan di Teluk Intan Perasmian Pembukaan Sukan Tahunan Bethany Home 2014 di rasmikan oleh YB Ahmad Zahid. Kebetulan isu yang hangat berkenaan BOC di bawah Kementerian yang di pimpin oleh Ahmad Zahid. Walaupun tidak dapat bertanya secara terus dengan beliau Intan tetap rasa bertuah kerana melihat pemimpin yang hebat datang ke kawasan Intan.

  Sekarang Intan sudah faham rupanya kumpulan yang kononya dikatakan 1000 orang ini sudah mengelabah dengan keputusan kerajaan UK yang menolak permohonan kewarganegaraan mereka. Sekarang kumpulan ini bergelar "stateless". Kumpulan ini terhegeh-hegeh menagih kerakyatan dari negara lain seperti Australia, Hong Kong, Taiwan & Singapura. Tetapi mereka kini menjadi tukang cuci pinggan, tukang sapu malah ada yang menjadi penganggur akibat dari perbuatan mereka yang angkuh melucutkan kewarganegaraan mereka secara sukarela dalam keadaan sedar, mereka mengoyak, memijak dan meludah passport Malaysia pada tahun 2003. 

   Rupanya amat teruk perangai mereka ini.  Walaupun permohonan kewarganegaraan mereka telah ditolak oleh UK, sikap biadap kumpulan ini dengan memasang guaman untuk memperjuangkan hak kewarganegaraan UK mereka atas alasan kononnya mereka pembayar tegar cukai di UK. Tindakan ini telah menyebabkan nama Malaysia terjejas dan busuk di UK. Pada Intan inilah sikap pengkhianat yang telah memalukan negara Malaysia. 

   Oleh yang demikian kerajaan UK semakin rimas kerana puak ini hanya mendatangkan masalah sehinggakan ada ura-ura hampir mengenakan visa terhadap seluruh rakyat Malaysia yang ingin memasuki UK jika kerajaan Malaysia tidak mahu menerima pengkhianat-pengkhianat ini. Secara tidak langsung perkara ini akan menyusahkan seluruh rakyat malaysia yang ingin berkunjung ke UK. Setiap kali nak ke UK kena mohon Pasport. haduhhh..
  Rakyat Malaysia pasti marah dengan kumpulan ini. Sudahlah menjadi pengkhianat negara, sekali lagi mereka memburukkan imej Malaysia di mata antarabangsa. Pengkhianat ini secara tidak langsung menyusahkan seluruh rakyat Malaysia. 


 Berikut adalah contoh VISA yang perlu dipohon akibat dari sikap pengkhianat negara jika kerajaan Malaysia tidak menerima mereka kembali.
   Intan lega apabila Ahmad Zahid mengumumkan bahawa Malaysia tidak akan menerima mereka sebagai warganegara tetapi seperti warga Asing dengan terpaksa memberikan Pass Resident untuk mengelakan seluruh rakyat kita yang ingin berkunjung ke UK dikenakan VISA. Amatlah susah dan leceh bila kita yang ingin berkunjung dikenakan VISA. 

 Kalau nak diikutkan hati, jika Intan yang menjadi Menteri di Kementerian Dalam Negeri mereka ini langsung tidak akan diberikan apa-apa taraf. Intan paham perkara ini bersebab. Sebenarnya perkara ini patut diselesaikan sebelum Ahmad Zahid menjadi Menteri Dalam Negeri lagi. Janganlah hanya melepaskan batuk ditangga kemudian menyalahkan corak pemerintahan yang baru. Perkara bukanlah baru berlaku tetapi ianya isu berbangkit yang ditimbulkan pihak tertentu bagi menyusahkan pihak Kementerian Dalam Negeri secara sengaja.   

   Mungkin ada segelintir yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Malaysia yang terpaksa memberikan Pass Resident kepada mereka. Percayalah bahwa keputusan ini adalah yang terbaik bagi pada masa ini, sebab Intan yakin pihak bertangunggjawab berkenaan hal ini tidak akan membuat keputusan secara tidak bijak.
 
  Akan tetapi yang Intan tengok nasib kumpulan pengkhianat ini sedaya upaya di bela oleh DAP supaya dapat merosakan perpaduan rakyat dalam negara. Oleh sebab itu Ahli Parlimen Tanjong suka dengan gembiranya, kononnya Malaysia menyambut baik kepulangan 1000 pengkhianat tersebut.

   Percayalah lepas ini DAP akan mainkan sentimen hak Asasi dan sebagainya bagi membela pengkhianat-pengkhianat ini. Tentulah mereka sedang mengkaji hal-hal perundangan bagi membolehkan pengkhianat ini mendapatkan kembali warganegara dengan mudah. 

  Intan yakin mereka tidak akan memperoleh kewarganegaraan semula, baik secara mudah, sukar dan sebagainya. Intan harap masyarakat kita sedar dengan perkataan Taat Setia pada negara.

Sekian. 
Intan 
Menara Condong

Thursday, 10 April 2014

Jika Tidak Setia Pada Negara Kenapa Nak Pulang? TEGAS !!!



Jika Tidak Setia Pada Negara Kenapa Nak Pulang?  TEGAS !!!


 Intan terbaca mengenai setia di Rencana Utusan baru-baru ini. Intan tak rasa kita perlu bagi muka pada pengkhianat negara. Intan rasa mereka kena berpijak dibumi yang nyata dan menghormati negara mereka sendiri. adalah tangunggjawab mereka menjaga negara bukanya mengkhianati.

 Merujuk apa yang dibaca seperti dalam blog dan media massa, isu kerakyatan tidak harus di pandang enteng.





 
“Lebih diperkatakan lagi ialah apabila Menteri Dalam Negeri memberi jaminan Malaysia akan membantu Cina-Cina tersebut untuk kembali ke negara ini dan mengurusakan kerakayatan mereka”

kerajaan Malaysia telah bersetuju menyediakan perkhidmatan imigresen bagi membolehkan mereka berada di Malaysia secara sah apabila pulang kelak”

Berikut merupakan petikan dari beberapa blog yang rancak mengulas tentang bekas warga negara Malaysia yang kini berstatus “stateless” setelah cubaan untuk mendaptakan taraf kewarganegaraan  negara British ditolak. Pendapat Intan meraka ni hanya boleh duduk di Malaysia seperti warga asing.

 Intan percaya persetujuan ini tidak semudah yang diperkatakan di media mengenai perkara ini. Mestilah ada prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi dalam Akta Imegresen.




Beberapa orang penulis beremosi dengan dakwaan kononnya Ahmad Zahid akan memberi kerakyatan kepada mereka yang terlibat secara mudah. Hairannya dakwaan ini dibuat hanya berdasarkan dari sumber kedua iaitu dari Ng Wei Aik, ADUN dari parti DAP. Namun tidak ada langsung dakwaan ini dibuat berdasarkan dari sumber pertama iaitu dari Ahmad Zahid secara terus. adakah mereka jelas tentang perkara ini? Intan rasa tidak.

Oleh itu, adalah tidak adil dan terlalu bodoh untuk cepat melatah dan beremosi dengan dakwaan sebegini. Bagi Intan selagi ianya tidak keluar sendiri dari mulut Ahmad Zahid atau pun dari Kementerian Dalam Negeri sendiri perkara ini adalah tidak sah dan kita sebagai rakyat yang merdeka jiwa dan minda tidak sepatutnya cepat terpengaruh dengan dakwaan kosong begini.Intan berpendapat mereka sengaja memutar belitkan isu ini. Bagi yang tidak paham akan sewenang-wenangnya menyalahkan kerajaan.

Berbekalkan maklumat sidang media dari Ng Wei Aik adalah terlau jauh untuk kita menghukum dan beremosi. Hal ini demikian kerana Ng Wei Aik adalah individu yang terlalu jauh dengan Ahamd Zahid mahupun dengan Kementerian Dalam Negeri. Beliau juga bukanya jelas tentang akta Imigresen, Akta warganegara, dan sebagainya. Oleh itu, apa yang diperkatakan beliau terang lagi bersuluh tidak faham apa yang akan dilakukan Kementerian Dalam Negeri.  

Adakah ini percubaan seterusnya oleh mana-mana individu yang kurang senang dengan imej bersih Ahmad Zahid yang lebih dikenali sebagai pemimpin yang benar-benar islam dan ultra Melayu serta terkenal dengan pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa politiknya semata-mata untuk Islam dan Melayu???

Kalau ramalan Intan ini benar maka sekali lagi pihak tersebut telah gagal kerana sejauh yang Intan lihat dan mengenali Ahmad Zahid selaku warga Teluk Intan, Intan yakin dakwaan ini adalah tidak benar dan meleset!. Ini kerana niat mereka untuk menjatuhkan Menteri Dalam Negeri. Cakap-cakap sahaja tapi tidak cukup bukti dan fakta secara nyata dan jelas. Hanya berpandukan beberapa ayat dari Parlimen tapi tidak memahaminya. Individu begini yang akan menjadikan masalah pada negara. 

Apa pun saya mengharapkan ada maklum balas seberapa segera dari Ahmad Zahid sebagai pencerahan. Kepada yang lain jangan turut menjadi bodoh dengan melatah dan beremosi dengan perkara ini. Kita tunggu pejelasan dari  pihak Ahmad Zahid. 

 

 
p/s: menariknya Ahmad Zahid selalu nampak tenang dan tidak gopoh bila berhadapan dengan perkara-perkara sebegini! 

Keep calm and focus!!!