Salam dari menara condong...
Intan rasa bertuah sebab kebetulan di Teluk Intan Perasmian Pembukaan Sukan Tahunan Bethany Home 2014 di rasmikan oleh YB Ahmad Zahid. Kebetulan isu yang hangat berkenaan BOC di bawah Kementerian yang di pimpin oleh Ahmad Zahid. Walaupun tidak dapat bertanya secara terus dengan beliau Intan tetap rasa bertuah kerana melihat pemimpin yang hebat datang ke kawasan Intan.
Sekarang Intan sudah faham rupanya kumpulan yang kononya dikatakan 1000 orang ini sudah mengelabah dengan keputusan kerajaan
UK yang menolak permohonan kewarganegaraan mereka. Sekarang kumpulan ini bergelar "stateless".
Kumpulan ini terhegeh-hegeh menagih kerakyatan dari negara lain seperti
Australia, Hong Kong, Taiwan & Singapura. Tetapi mereka kini menjadi tukang
cuci pinggan, tukang sapu malah ada yang menjadi penganggur akibat dari perbuatan mereka yang angkuh melucutkan kewarganegaraan mereka
secara sukarela dalam keadaan sedar, mereka mengoyak, memijak dan meludah passport Malaysia
pada tahun 2003.
Rupanya amat teruk perangai mereka ini. Walaupun permohonan kewarganegaraan mereka
telah ditolak oleh UK, sikap biadap kumpulan ini dengan memasang guaman
untuk memperjuangkan hak kewarganegaraan UK mereka atas alasan kononnya
mereka pembayar tegar cukai di UK. Tindakan ini telah menyebabkan nama
Malaysia terjejas dan busuk di UK. Pada Intan inilah sikap pengkhianat yang telah memalukan negara Malaysia.
Oleh yang demikian kerajaan UK semakin rimas kerana puak ini hanya mendatangkan masalah sehinggakan ada ura-ura hampir mengenakan visa terhadap seluruh rakyat Malaysia yang ingin memasuki UK jika kerajaan Malaysia tidak mahu menerima pengkhianat-pengkhianat ini. Secara tidak langsung perkara ini akan menyusahkan seluruh rakyat malaysia yang ingin berkunjung ke UK. Setiap kali nak ke UK kena mohon Pasport. haduhhh..
Rakyat Malaysia pasti marah dengan kumpulan ini. Sudahlah menjadi
pengkhianat negara, sekali lagi mereka memburukkan imej Malaysia di mata
antarabangsa. Pengkhianat ini secara tidak langsung menyusahkan seluruh rakyat Malaysia.
Berikut adalah contoh VISA yang perlu dipohon akibat dari sikap pengkhianat negara jika kerajaan Malaysia tidak menerima mereka kembali.
Intan lega apabila Ahmad Zahid mengumumkan bahawa Malaysia tidak akan menerima mereka sebagai warganegara tetapi seperti warga Asing dengan terpaksa memberikan Pass Resident untuk mengelakan seluruh rakyat kita yang ingin berkunjung ke UK dikenakan VISA. Amatlah susah dan leceh bila kita yang ingin berkunjung dikenakan VISA.
Kalau nak diikutkan hati, jika Intan yang menjadi Menteri di Kementerian Dalam Negeri mereka ini langsung tidak akan diberikan apa-apa taraf. Intan paham perkara ini bersebab. Sebenarnya perkara ini patut diselesaikan sebelum Ahmad Zahid menjadi Menteri Dalam Negeri lagi. Janganlah hanya melepaskan batuk ditangga kemudian menyalahkan corak pemerintahan yang baru. Perkara bukanlah baru berlaku tetapi ianya isu berbangkit yang ditimbulkan pihak tertentu bagi menyusahkan pihak Kementerian Dalam Negeri secara sengaja.
Mungkin ada segelintir yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Malaysia yang terpaksa memberikan Pass Resident kepada mereka. Percayalah bahwa keputusan ini adalah yang terbaik bagi pada masa ini, sebab Intan yakin pihak bertangunggjawab berkenaan hal ini tidak akan membuat keputusan secara tidak bijak.
Akan tetapi yang Intan tengok nasib
kumpulan pengkhianat ini sedaya upaya di bela oleh DAP supaya dapat merosakan perpaduan rakyat dalam negara. Oleh sebab itu
Ahli Parlimen Tanjong suka dengan gembiranya, kononnya Malaysia menyambut
baik kepulangan 1000 pengkhianat tersebut.
Percayalah lepas ini DAP akan mainkan sentimen hak Asasi dan sebagainya bagi membela pengkhianat-pengkhianat ini. Tentulah mereka sedang mengkaji hal-hal perundangan bagi membolehkan pengkhianat ini mendapatkan kembali warganegara dengan mudah.
Intan yakin mereka tidak akan memperoleh kewarganegaraan semula, baik secara mudah, sukar dan sebagainya. Intan harap masyarakat kita sedar dengan perkataan Taat Setia pada negara.
Sekian.
Intan
Menara Condong


No comments:
Post a Comment