Salam dari menara condong..
Intan baca artikel Awang dalam Utusan, jelas kata Awang bagi yang mengkhianati negara tidak patut diberi muka ataupun peluang. Bagi Intan pula golongan ini harus ditembak sejurus mereka menandatangani borang melucutkan warganegara sebelum sempat meminta maaf atau memohon semula warganegara. Biar pupus golongan derhaka sebegini di bumi tercinta Malaysia. Geramnya Intan....
Jangan ingat mereka ini diberi Pass Resident bermakna Negara Malaysia sudah memaafkan tindakan mereka memalukan negara.
Jom rujuk apa pandangan Awang pula.
Patriotisme
Awang lega dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi
kelmarin berhubung isu pemegang pasport Taraf Kewarganegaraan Luar
Negara British (BOC).
Penjelasan beliau meredakan keresahan banyak pihak. Sebelum ini
tercetus kebimbangan kerajaan telah memberi taraf kewarganegaraan
secara automatik kepada pemegang BOC atau bekas rakyat termasuk mereka
yang menunjukkan kebencian dengan mengoyakkan pasport Malaysia.
Zahid menafikan beliau pernah mengeluarkan surat kelulusan
kewarganegaraan kepada 1,000 warganegara yang sudah melepaskan
kerakyatan terutama di United Kingdom sebagaimana didakwa Ahli Parlimen
Tanjung (DAP), Ng Wei Aik.
Mesej beliau, tiada maaf kepada mereka. Ini bermakna pemegang pasport
BOC tidak akan mendapat layanan istimewa. Tiada kewarganegaraan
automatik. Mereka perlu memohon semula, perlu menunggu selama 17 tahun
selain mesti lulus ujian kemahiran bahasa Melayu sebelum ditimbang
mendapatkan semula taraf kewarganegaraan.
Awang berharap kerajaan tidak berlembut walaupun menghadapi tekanan
agar menerima kembali kelompok yang statusnya tidak bernegara atau
stateless ini. Hakikatnya, pemegang BOC daripada awal lagi tidak mahu
menjadi rakyat Malaysia dan mengaku sebagai rakyat United Kingdom.
Perlu ada perasaan jijik kepada mana-mana individu yang pernah
mengoyakkan pasport negara ini. Tidak kira sama ada Melayu, Cina, India
atau etnik lain. Patriotisme dan kesetiaan kepada tanah air tiada galang
ganti. Golongan tersebut perlu diberi mesej yang jelas dan betul. Jika
tidak, lebih ramai akan bertindak serupa pada masa akan datang.
Awang tidak hairan dengan keghairahan segelintir rakyat mahu
berhijrah. Warganegara yang mahu pergi cara baik, wajar dihormati
keputusan mereka. Tetapi yang menghina Malaysia menerusi kenyataan atau
tindakan termasuk mengoyakkan pasport, memang patut berambus. Bayang dan
bau mereka pun tidak patut ada di sini.
Malaysia, yang aman, makmur dan indah ini tidak akan sedikit pun rugi
tanpa golongan itu. Malah berjuta rakyat asing lebih tahu menghargai
Malaysia sama ada golongan ekspatriat, profesional mahupun pekerja
bawahan. Ramai yang sanggup mati untuk meredah lautan dan menyeludup
masuk untuk mencari rezeki. Betapa ramai yang kemudiannya enggan pulang
kerana istimewanya Malaysia.
Jumlah profesional yang mohon menjadi rakyat Malaysia meningkat
setiap tahun. Tanah air ini menjanjikan nikmat kepada semua. Daripada
kaum minoriti yang boleh menguasai ekonomi dan kekayaan hinggalah kepada
pekerja asing yang mudah berjaya asalkan gigih dan tahu bersyukur. Maka
seorang pergi, 1,000 mari.

No comments:
Post a Comment