Jika Tidak Setia Pada Negara Kenapa Nak Pulang? TEGAS !!!
Intan terbaca mengenai setia di Rencana Utusan baru-baru ini. Intan tak rasa kita perlu bagi muka pada pengkhianat negara. Intan rasa mereka kena berpijak dibumi yang nyata dan menghormati negara mereka sendiri. adalah tangunggjawab mereka menjaga negara bukanya mengkhianati.
Merujuk apa yang dibaca seperti dalam blog dan media massa, isu kerakyatan tidak harus di pandang enteng.
“Lebih diperkatakan lagi ialah apabila Menteri Dalam Negeri memberi
jaminan Malaysia akan membantu Cina-Cina tersebut untuk kembali ke negara ini
dan mengurusakan kerakayatan mereka”
kerajaan Malaysia telah bersetuju menyediakan perkhidmatan imigresen
bagi membolehkan mereka berada di Malaysia secara sah apabila pulang kelak”
Berikut merupakan petikan dari beberapa blog yang rancak mengulas
tentang bekas warga negara Malaysia yang kini berstatus “stateless” setelah cubaan
untuk mendaptakan taraf kewarganegaraan negara British ditolak. Pendapat Intan meraka ni hanya boleh duduk di Malaysia seperti warga asing.
Intan percaya persetujuan ini tidak semudah yang diperkatakan di media mengenai perkara ini. Mestilah ada prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi dalam Akta Imegresen.
Beberapa orang penulis beremosi dengan dakwaan kononnya Ahmad Zahid
akan memberi kerakyatan kepada mereka yang terlibat secara mudah. Hairannya
dakwaan ini dibuat hanya berdasarkan dari sumber kedua iaitu dari Ng Wei Aik,
ADUN dari parti DAP. Namun tidak ada langsung dakwaan ini dibuat berdasarkan
dari sumber pertama iaitu dari Ahmad Zahid secara terus. adakah mereka jelas tentang perkara ini? Intan rasa tidak.
Oleh itu, adalah tidak adil dan terlalu bodoh untuk cepat melatah
dan beremosi dengan dakwaan sebegini. Bagi Intan selagi ianya tidak keluar
sendiri dari mulut Ahmad Zahid atau pun dari Kementerian Dalam Negeri sendiri
perkara ini adalah tidak sah dan kita sebagai rakyat yang merdeka jiwa dan
minda tidak sepatutnya cepat terpengaruh dengan dakwaan kosong begini.Intan berpendapat mereka sengaja memutar belitkan isu ini. Bagi yang tidak paham akan sewenang-wenangnya menyalahkan kerajaan.
Berbekalkan maklumat sidang media dari Ng Wei Aik adalah terlau jauh
untuk kita menghukum dan beremosi. Hal ini demikian kerana Ng Wei Aik adalah
individu yang terlalu jauh dengan Ahamd Zahid mahupun dengan Kementerian Dalam
Negeri. Beliau juga bukanya jelas tentang akta Imigresen, Akta warganegara, dan sebagainya. Oleh itu, apa yang diperkatakan beliau terang lagi bersuluh tidak faham apa yang akan dilakukan Kementerian Dalam Negeri.
Adakah ini percubaan seterusnya oleh mana-mana individu yang kurang
senang dengan imej bersih Ahmad Zahid yang lebih dikenali sebagai pemimpin yang
benar-benar islam dan ultra Melayu serta terkenal dengan pemimpin yang sanggup
menggadaikan nyawa politiknya semata-mata untuk Islam dan Melayu???
Kalau ramalan Intan ini benar maka sekali lagi pihak tersebut telah gagal
kerana sejauh yang Intan lihat dan mengenali Ahmad Zahid selaku warga Teluk Intan, Intan yakin dakwaan ini adalah tidak benar dan meleset!. Ini kerana niat mereka untuk menjatuhkan Menteri Dalam Negeri. Cakap-cakap sahaja tapi tidak cukup bukti dan fakta secara nyata dan jelas. Hanya berpandukan beberapa ayat dari Parlimen tapi tidak memahaminya. Individu begini yang akan menjadikan masalah pada negara.
Apa pun saya mengharapkan ada maklum balas seberapa segera dari Ahmad Zahid sebagai pencerahan. Kepada yang lain jangan turut menjadi bodoh dengan melatah dan beremosi dengan perkara ini. Kita tunggu pejelasan dari pihak Ahmad Zahid.
p/s: menariknya Ahmad Zahid selalu nampak tenang dan tidak gopoh
bila berhadapan dengan perkara-perkara sebegini!



No comments:
Post a Comment