Salam perkongsian dari Menara Condong
Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom
79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget
atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia
juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium.
Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling
mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan
dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara
atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai
simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard
emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah
dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.
Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Jika dibandingkan
dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai
ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid
campuran akua regia
yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali
sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam raksa ("merkuri") dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda.
Emas adalah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009. Ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia adalah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri.
Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadap pengakisan dan konduktor elektrik yang sangat bagus.
Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh
juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus.
Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang
biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan
oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan,
mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru
diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap
cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan
warna koloid perak menjadi kuning. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan.
Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter
panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki². Emas biasanya
dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.
Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak
dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam
emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10% perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.
Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi besi berwarna hijau, dan aloi aluminum berwarna ungu. Barang kemas yang dibuat dengan kombinasi emas yang berwarna dijual di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai emas Black Hills.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Emas
Sekian,
Intan
Menara Condong



No comments:
Post a Comment