Salam.
Intan terbaca komen pengguna media sosial terhadap kejayaan PDRM menangkap 12 lelaki yang disyaki sedang merancang meletupkan beberapa kawasan strategik termasuk Putrajaya dalam siri serbuan di kaki Gunung Nuang.
Ramai yang menyindir,
memperlekeh, malah tak kurang juga yang menuduh pihak Special Branch (SB)
melalui unit elit mereka di Bahagian Counter Terrorism hanya mengada-adakan
cerita untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu semasa ketika ini.
Intan lihat isu semasa GST, KWSP contohnya tidak teralih langsung dari perhatian rakyat. Apa punya pemikiran lah pengkritik2 ini.
Intan hanya mampu bersimpati
terhadap mereka yang berfikiran demikian. Dalam Pengetahuan Intan perkara sebegini membuatkan Intan 'risau' 'gerun' dan
'takut' dengan mereka yang berfikiran sempit sebegini. Ini kerana mereka tidak
sedar akan bahaya yang boleh berlaku jika pihak berwajib seperti SB/ MIO gagal bertindak awal seperti
mana operasi tersebut.
Kalaulah anda lupa, Intan nak
imbas satu peristiwa pada 18 Mei 2001 di Southern Bank Petaling Jaya. Ada pengawal keselamatan bank, Abdullah Mahmood berjaya menggagalkan cubaan rompakan di bank itu
dengan menembak mati salah seorang daripada empat perompak. Dua parah dan salah
seorang yang parah mati seminggu kemudian.
Al kisahnya Anda nak tahu siapa antara
perompak yang ditembak itu. Dia
adalah Adnan Mohd Daud, seorang graduan kejuruteraan dari University Texas,
USA. Rakan keempat yang menunggu di luar bank tersebut berjaya melarikan diri
tetapi dapat ditangkap di rumah keluarganya di Temerloh beberapa hari kemudian. Rupanya mereka menganggap rompakan itu 'halal' kerana tujuan mereka semata-mata
untuk mengumpul dana bagi tujuan 'jihad'
Dalam sebuah rencana tulisan
Baharom Mahussin, maklumat Bukit Aman menunjukkan Adnan sendiri merupakan orang
yang disyaki turut terlibat dalam pembunuhan ahli Dewan Undangan Negeri kawasan
Lunas, Joe Fernandez pada 4 November 2000.
" Ahli politik beragama
Kristian itu dibunuh di dalam keretanya di satu simpang oleh lelaki
bermotosikal yang bersenjatakan pistol. Lelaki itu melepaskan tiga das tembakan
di kepala dan badan Joe Fernandez. Kematian Adnan dan penangkapan
rakan-rakannya telah membongkar kewujudan sebuah pertubuhan pengganas Islam yang
dipanggil Kumpulan Militan Mujahidin Malaysia (KMM).
" Dua minggu selepas
kes di Southern Bank itu, polis mengumumkan kumpulan itu mempunyai kaitan
dengan sebuah pertubuhan pengganas antarabangsa. Ahli-ahli kumpulan itu yang
aktif menjual minyak wangi dari Timur Tengah mengambil kesempatan daripada
urusan mengimport haruman tersebut untuk berhubung dengan pertubuhan pengganas
antarabangsa secara tidak langsung.
" Siasatan polis
menjumpai selaras raifal automatik M16, sejumlah besar bahan letupan, peluru
dan pelbagai peralatan tentera serta bahan kimia di sebuah rumah di kawasan Puchong,
Selangor. "
Tolonglah, Intan berpandangan kita boleh
bergaduh pasal GST, boleh berbeza pendapat mengenai KWSP atau apa saja isu yang
membelenggu kehidupan kita tetap tolong jangan sama-sekali bertolak ansur
dengan KESELAMATAN NEGARA. Jangan dah terhantuk baru nak tergadah, andai itu
dah terjadi, semuanya tidak lagi membawa sebarang erti.
Adakah kita nak tunggu apa
yang terjadi di Lahad Datu kembali berulang di Kuala Lumpur atau Putrajaya baru
kita nak bertindak?
Terserahlah...anda boleh
menafikan atau turut sama memperlekehkan pandangan Intan ini, tapi ingat, Allah beri
kita akal untuk berfikir dan bukannya untuk mengagungkan sentimen dan persepsi.
Bom dan peluru tak bermata sahabatku!
Sekian
Intan
Menara Condong


No comments:
Post a Comment