PRK Permatang Pauh sengit #kitalawan
Salam,
PRK Permatang Pauh akan terus di monopoli keluarga tertentu. ;) Apa yang sudah berlaku.? Mungkin akan terus berlaku. Atok, Bini, Anak, Menantu, Cucu, eh... semuanyelaa kot.
Terbaca komen DS Dr Ahmad Zahid yang dikatakan terpaksa menggalas tanggungjawab menerajui Permatang Pauh kerana beliau tidak akan berjaya merampas kembali Permatang Pauh. Tapi Intan Optimis.. BN perlu kemenangan itu.. baru ada anjakan paradigma dalam Barisan Nasional.

Barisan nasional BN melihat parlimen permatang pauh memerlukan penyandang muka baru bagi
membawa perubahan di kawasan itu. Ini kerana pada Intan calon keluarga sudah tidak relevan zaman kini.
Naib presiden
umno nombor 1, ahmad zahid berkata, pembangunan infrasturktur akan dilakukan
sekiranya calon BN memenangi pilihan raya kecil PRK parlimen Permatang PAuh. PAda Intan menang atau kalah adalah lumrah yang penting #kitalawan. Boleh jadi Undi kepada BN meningkat dan Undi kepada Pembangkang menurun. Kita kena Optimis. Baru cakap Optimis Guan Eng buat gempak pulak konon sengit. Nak kene sengat la tue. kikiki....

Zahid berkata di sidang media 17 Apr 2015, “kita lihat
permasahan dalaman di sana telah sebahagian besar dapat diatasi dan kesedaran
pengundi sana terbuka kerana banyak pertukaran calon dan MP, tapi tak banyak
perubahan yang berlaku di sana. Sebagai kawasan parlimen yang dibawah
pembangkang asasnya mereka perlukan pembangunan infrastruktur jika MP yang
dipilih dari umno dan bn tentu saluran akan dpat diguna bagi bawa pembangunan
sana pada hemat saya yang tertinggal begitu lama.” Ada Pembangkang kesah dgn pembangunan infrastruktur? hihihihi...
Beliau juga menegaskan, BN tidak mengambil kesempatan terhadap permasalahan yang
wujud dalam parti pembangkang, malah BN perlu, dan akan mengatur langkah proaktif dalam
menghadapi PRK permatang pauh.
“kesiapsiagaan UMNO dan BN serta kesatuan dan perpaduan antara ahli akar umbi di sana dengan jumlah
pengundi yang ramai harus didekati dan dijelaskan, dilayani bukan hanya sentimen
mereka tapi dijelaskan melalui realiti yang harus kita hadapi.”
“kita sedia
hadapi siapa saja calon pembangkang, bagi kita soal berpindah patern kami tak
ambil perkiraan masalah besar UMNO dan BN harus dihadapi dengan penuh
kesiapsiagaan.

PRK permatang pauh diadakan berikutan penyandangnya, anwar ibrahim
telah hilang kelayakan sebagai anggota parlimen setelah lembaga pengampunan
menolak petisyen beliau pada 16 MAc 2015 bersabit hukuman penjara yang
dikekalkan mahkamah persekutuan.
Apa pun kita perlu berusaha kearah kebaikan di Permatang Pauh. HArapan Intan penduduk Permatang Pauh lebih Matang dalam PRK kali ini untuk mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan dalam Parlimen.
Seperti Teluk Intan.. Intan rasa lega apabila diperintah oleh Barisan Nasional. Permatang Pauh Ikutilah Jejak Teluk Intan.
Sekian
Intan
Menara Condong
No comments:
Post a Comment