Wednesday, 29 April 2015

Agenda Keperluan Sesebuah Kerajaan Masa Kini #AgendaSetting

Salam,

Intan lihat secara amnya agenda setting dapat diterjemahkan sebagai  andaian bahawa media massa boleh mempengaruhi pendapat awam sekiranya ia memberikan lebih perhatian kepada beberapa isu dan mengurangkan perhatian kepada isu yang lain. Khalayak akan lebih tahu tentang perkara-perkara yang lebih penting yang disampaikan oleh media dan akan menentukan kepentingan sesuatu perkara itu mengikut susunan kepentingannya. Contohnya, akhbar akan menyiarkan berita mengikut kepentingan ataupun apa yang dirasakan amat diingini oleh pembaca. Lazimnya, kita sebagai khalayak yang menggunakan media akan berbincang tentang perkara-perkara yang menjadi tajuk berita pada suatu hari tersebut.

Berdasarkan andaian ini, media dianggap mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pemikiran khalayak dengan menetapkan agenda tehadap perkara yang dibincangkan dan difikirkan. wujudnya pertalian yang rapat di antara liputan media massa dengan apa yang menjadi buah perbincangan orang ramai. Teori ini juga mengandaikan bahawa media boleh mempengaruhi masyarakat sekiranya ia memberikan lebih perhatian kepada beberapa isu dan mengurangkan perhatian kepada isu yang lain. Miller (2004) takrifan mendalam dan meluas terhadap penentuan agenda perlulah mendasari kepada tiga aspek iaitu agenda media, agenda publik dan agenda polisi. Agenda media merujuk kepada isu yang diketengahkan oleh media. Agenda publik pula merupakan isu yang dianggap penting oleh khlayak. Manakala agenda polisi pula merupakan isu yang mewakili pembuat dasar sesebuah negara.

Menurut Little john (2002) penetapan agenda dapat dilihat dalam tiga bahagian iaitu dari konteks prioriti isu yang dibincangkan oleh pihak media atau penentuan agenda media, agenda media mempengaruhi pemikiran masyarakat atau agenda umum dan agenda umum mempengaruhi pemikiran pembuat dasar atau agenda polisi. Manakala menurut  Saodah, el at. (2005) terdapat empat jenis hubugan kuasa di antara media dan pihak luat yang dapat menentukan setakat mana agenda media menentukan atau ditentukan oleh agenda pihak yang berkaitan.  Berikut merupakan empat jenis kuas tersebut.

Kajian penuh boleh kita sama-sama rujuk Awan Masih Biru.

 Rujukan : Awan Masih Biru http://suhaila-kamal.blogspot.com/2015/04/penentuan-agenda-1.html

Sekian


Intan Menara Condong

No comments:

Post a Comment