Salam.
Apa Cerita Permatang Pauh ini? Kak Jijah hanya nampak muka waktu Kempen sahaja.
1. Ketika
(PRU 2004) itu Pirdaus Ismail berusia 39 tahun berbanding Wan Azizah 52 tahun.
Kali ini (PRK 2015), calon BN berusia 43 tahun manakala Wan Azizah berusia 63
tahun. Bermakna pengundi Permatang Pauh mahukan calon muda yang bertenaga dan
bermotivasi tinggi.
2. Di pihak Wan Azizah, percubaan
kedua di Permatang Pauh kali ini diketahui ramai hanyalah untuk menyambung
legasi suaminya DS Anwar Ibrahim. Mahu tidak mahu, kerusi Permatang Pauh sudah
menjadi seolah-olah milik kekal keluarga Anwar walaupun sebelum tahun 1982,
kerusi tersebut ditandingi oleh PAS sejak tahun 1955.
Pengundi-pengundi di Permatang
Pauh juga perlu sedar, apabila Anwar dibebaskan daripada penjara kelak,
Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pasti diadakan semula untuk memberi laluan
kepada Anwar pula menduduki kerusi tersebut.
3. Tiada siapa boleh lupa bahawa,
Wan Azizah memberikan alasan beliau sudah tua, mahu bersara dan mahu menjaga
cucu menjadi alasan mengapa beliau meletakkan jawatan dahulu (2008) untuk
memberi laluan kepada PRK Permatang Pauh supaya suaminya Anwar boleh bertanding
semula. Baca semula alasan Wan Azizah ini
4. Hari ini, Wan Azizah
muncul semula sebagai calon PKR di Permatang Pauh pada ketika yang sama beliau
juga adalah wakil rakyat negeri Selangor di DUN Kajang. Ironinya, satu di
Kajang dan kini satu lagi sedang mencuba di Permatang Pauh. Mampukah Wan Azizah
memikul amanah yang maha berat di kedua-dua tempat yang berjauhan itu?
Kepada pengundi di Permatang
Pauh, kasihanilah Wan Azizah, berikanlah dia masa rehat yang cukup, janganlah
menghukum Wan Azizah sekejap berlari ke Kajang sekejap berlari ke Permatang
Pauh. Biarlah dia mempunyai masa yang cukup untuk bermesra dengan cucu dan
melawat Anwar di penjara. Memenangkan Wan Azizah bermakna anda menyiksa
dirinya, memberi kemenangan kepada calon BN bermakna anda memberi kasih sayang kepada
Wan Azizah!
5. Lim Guan Eng memberi amaran
kekalahan PKR di Permatang Pauh akan menjadi penamat kepada Pakatan Rakyat.
Maka, pengundi PAS di Permatang Pauh gunakanlah peluang ini untuk menegakkan
Hukum Hudud. Tanpa PAS pun, PR sudah mempunyai pelan kecemasan (emergency plan)
dengan mendaftarkan PASMA sebagai parti politik yang akan bergabung semula
dengan PR.
6. Walaupun golongan Ulama di
dalam PAS tawar hati untuk membantu PKR di Permatang Pauh, tetapi golongan lain
yang dipengaruhi oleh elemen DAP dan elemen Anwarisma di dalam PAS memberi
sokongan kepada Wan Azizah. Sekali lagi, mereka sebenarnya mahu menyiksa Wan
Azizah !
Saya meramalkan 70% pengundi PAS
yang memberi sokongan kepada Hj Hadi Awang akan memboikot kerana pendirian PKR
menolak Hukum Hudud adalah mandotori. Hanya 30% ini sahaja pengundi PAS yang
berpihak kepada PASMA akan mengundi Wan Azizah.
7. Akhbar-akhbar Cina pun meramalkan Wan Azizah akan mengalami kemerosotan undi yang besar di
Permatang Pauh.
Intan nak mengingatkan masyarakat Permatang Pauh
1. Sekiranya pengundi di Permatang Pauh memilih Wan Azizah lagi, maka mereka harus bersedia untuk pembaziran PRK kecil semula apabila Anwar dibebaskan daripada penjara.
Perbandingannya, sekiranya mereka
memilih calon muda daripada BN, mereka mempunyai peluang besar untuk menikmati
bantuan seorang wakil rakyat yang betul-betul wakil rakyat di kawasan Permatang
Pauh.
2. Pengundi-pengundi Permatang
Pauh hendaklah beringat bahawa Wan Azizah adalah Wakil Rakyat Kajang sedia ada.
Kawasan Kajang adalah kawasan yang setiap tahun dilanda banjir besar yang maha
dashyat menenggelamkan sekolah, jalanraya, kedai-kedai dan pejabat-pejabat
kerajaan. Setiap kali banjir besar di Kajang, Wan Azizah hanya mampu menonton
sahaja seperti di sini. Intan lihat Kak Jijah bukan buat apa pun kat kajang. Kak Jijah hanya nampak muka waktu kempen sahaja.
3. Kepada pengundi di Permatang
Pauh mengapa memperjudikan masa hadapan anda?
Pesan Intan dari jauh, berubahlah, Cukuplah.. bagi BN pulak.!
Sekian
Intan
Menara Condong




No comments:
Post a Comment